Rasa macam sebu je nak menulis ni, sejak naik kerja haritu agak sibuk sebab lama bercuti. Lepas tu broadband pulak dah jadi arwah selepas dikerjakan oleh Muaz. Teruslah mood berblogging merudum. Ingatkan bila pergi ke maxis centre bolehlah tukar modem sebab sim card masih ok tapi rupanya tak de jual modem aja. Terbanglah lagi duit untuk beli yang baru.Huhu...Tapi bila pergi Maxis Centre kat KLCC semalam salesperson tu cuba goda kami dengan barang
Inilah broadband saya yang dah arwah tu. Sadis. Silap saya juga. Biarkan laptop begitu saja. Sudahnya Muaz telah menolong saya 'mengemas'. Speechless tau!Tapi ada hikmahnya juga, sebab broadband yang ni memangla semakin lama semakin perlahan kelajuannya. Lagi lagi jika di kampung. Memang 'dia' nak suruh kami terminatekan 'dia' sebab 'dia' dah makin nazak. Sekarang sudah pun arwah. Tutup cerita. Kuikuikui.
Inilah barang
Okeh, habis cerita broadband. Lepas broadband rosak ada satu dugaan lagi. Gambar gambar dalam kamera handphone yang banyak tu tiba tiba je hilang tak tahu mana. Punyalah frust menonggeng saya dibuatnya. Sayang betul la sebab banyak gambar gambar anak anak. Saya ni suka ambil gambar budak budak ni setiap masa untuk saya tengok semula masa hadapan. Nak tengok how fast they are growing. Dan semua gambar tu boleh kata dalam gallery kat handphone. Itulah takda rezeki namanya. Mujurlah ada beberapa keping gambar yang sempat saya bluetooth kan ke netbook haritu.
Jadi inilah beberapa gambar anak anak dan anak buah masa balik kampung haritu. Boleh kata masa ni semua sepupu Mikael dan Muaz ada kat rumah. Jadi seperti biasa , riuh rendahla rumah tu dengan suara budak budak dan mak bapak budak. hahaha.
Ini boleh kata aktiviti wajib kanak kanak ni. Siap berswimming suit bagai. Padahal bukan kat swimming pool pun. Ini baru 3 orang. Yang tengah tu, Aiman nama dia.
Abang yang besar tu tengah usha usha nak masuk tu. Tapi mungkin terasa dirinya sudah besar jadi tengok tengok dulu. Hihi.
Lihatlah dunia. Abang yang besar tadi namanya Nadzif. Dah masuk pun dia. Tak tahan godaan tu. masuklah juga walau kolam kecik. :D
Yang tak berbaju ni perempuan ya. Sebaya Mikael, Aisyah nama dia. Satu satunya bunga di kalangan kumbang kumbang. Hehehe...
Ini adik Aisyah. Asyraf Umair namanya. Baru 10 bulan. Comel kan. Putih melepak. Eeee...geram tengok dia. Nak geget.
Inilah budak perempuan tak pakai baju tadi. Hihi. Ayu je ye. Saja tayang gambar ni sebab ini Mikael yang snap. Dah pandai pakai kamera dah si Mikael ni. Tengoklah hasil tembakan dia. Not bad juga anak bujang saya ni. Tapi selalunya tak macam ni,biasanya gambar dia mabil semua senget benget. Mungkin ini once in the blue moon kot. Heheh..
Ok, nak memikir kejap apa yang nak dimasak tengahari ni. Petang petang nanti saya jalan jalan ke blog kamu ya. Babai. ;)
salam maulidur rasul, salam dan selawat ke atas Rasul junjungan kita Nabi Muhamad SAW
ReplyDeletetak pelah dah dapat ganti yang baru, lenkali jangan sepahkan lagi ye, budak-budak mana dia tahukan .
aku dah stop broadband, baru je pakai streamyx, puas hati juga ;)
ReplyDeletei punya styke ni 2 kali patah sebab anak i g berdiri atas tu sebelah kaki while that thing plug to the cpu hehe
ReplyDeletenow we all guna wifi P1 yg gedabak tu :)
Cik ina
ReplyDeleteSalam Maulidurrasul buat akak juga..tulah kak, kena beringat selalu, budak budak ni bukan nya tahu, huhu..
Najwa
ReplyDeleteTak dinafikan streamyx mmg laju, tapi susah sikit kalau nk berjalan jalan, huhu
Ermayum..
ReplyDeletehaha.. u punya case lagi dahsyat..:)
Budak budak ni macam tula kan..
salam akak..nk tnte?ad lg x broadband tu,,saya punye hilang tmpat ltak simkad tu..kalau ade..saya nk beli ngan akak...
ReplyDelete