9 orang Siti yang perlu dijadikan contoh oleh wanita muslimah pada zaman ini.
1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong
Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada
Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.
3) Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).
5) Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8 ) Siti Muti’ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Wanita wanita hebat. Semoga kita dapat mencontohi peribadi mereka.
Sumber: http://www.facebook.com/ayah77
alhamdulillah...thanks for sharing.
ReplyDeleteharap2 saya boleh la absorb peribadi mulia mereka walau nama saya xde siti. :)
hebatnya mereka..
ReplyDeletesangat berharap menjadi seperti mereka.
Gb...
ReplyDeletesamalah kita, nama saya pun takda Siti. Amat berharap berperibadi seperti itu, insyaAllah.;)