Pages

February 22, 2011

Terima kasih

Salam dan bismillah...

Terima kasih..perkataan yang senang tapi kadang sukar diucapkan..

Tak kisahlah apa sekalipun bahasa yang digunakan...


                                               *pinjam En gugel, thank you En gugel!*


Thank you
Terima kasih
Xie xie
Nandri
Syukran
Salamat
Arigato gozaimashita
Gracias
Khwap kun

Ada satu cerita...

Di suatu majlis sebuah syarikat, seorang driver telah dikurniakan anugerah jasa bakti. Dia telah berkhidmat di syarikat tersebut 20 tahun lamanya.

Ketika naik ke pentas, beliau menangis...Mungkin para hadiri terfikir kenapa dia menangis...
Dia menangis gembira kerana diberi anugerah?
Dia sebak kerana dia rasa terharu mendapat anugerah?

Tidak....

Bukan kerana itu...

Katanya;

"Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pemandu, saya telah membawa ramai orang. Tapi, sepanjang tempoh itu juga, tiada pernah seorang pun mengucapkan terima kasih kepada saya. Bukan anugerah yang saya mahukan...tapi cukup dengan 2 perkataan  iaitu terima kasih...itu lebih bermakna buat saya..."


Itu yang buat dia menangis!

See...how important is this...

Selalu kita ambil mudah
Kadang kita lupa, kita jadi orang di atas tak bermakna kita tidak boleh ucap terima kasih
Kita semua sama
Siapapun kita

Anda kenal Prof Muhaya?
Saya mendapat info ini waktu menonton rancangan SERASI BERSAMA
Rahsia kejayaannya...
Beliau selalu ucapkan terima kasih
Selepas sesi klinik beliau berterima kasih kepada jururawat, pembantu perubatan dan cleaner...Memang gaji mereka di bayar tapi mereka juga perlu diberi terima kasih kerana tanpa mereka beliau tidak boleh berfungsi seorang diri..

Ucapkanlah terima kasih...mudah kan..


Nota kaki:
Terima kasih sebab sudi baca blog picisan saya, dan terima kasih  follower2 saya, juga terima kasih buat silent reader saya, saya menghargai anda semua=)
Sayang korang...

4 comments:

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!