Silalah percaya korang, sesungguhnya saya semakin berkobar-kobar belajar memasak dan try new recipes sekarang, entahlah, nak kata i depressed takla juga, manic(gembira terlebih) sikit kot. Oleh kerana my red bean paste ada baki lagi dlm esbox tuh saya pun merajinkan diri mengepau. Sebenarnya tergoda tengok pau inti kelapa kak inahar arituh, membara jek dlm ati ni nak try, finally dapat gak buat semalam..kuikui...
Resepi ni saya cnp dari kak ton @My Resepi, minta izin ye kak ton..kak ina pun guna resepi yang sama gak..thanks to both of them..sukanya saya, gumbira...alhamdulillah menjadi juga walau tak pakai tepung pau..
Bahan-bahan ( 10 biji )
- 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)---saya pakai tepung superfine sebab tuh kaler tak putih gebus tapi kuning memikat, cewah..
- 3g (3/4 sudu teh) yis kering
- 2g (1/2 sudu teh) baking powder
- 50g (4 sudu makan) gula castor
- 20g (1 sudu makan) lemak sayuran---saya guna mentega sebab takda stock
- 2g (1 sudu teh) bread softener
- 1/2 cawan air suam
Cara-cara
- Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
- Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
- Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
- ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
- Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
- ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
- Bahagikan doh kepada 10 bahagian
- Masukkan inti dan tutup kemas.
- Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
- ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
- Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
- Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
- ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
- Selamat mencuba...
Bagus!!! Mari kita kembali rajin ke dapur Pn Doc. Seronok kan bila buat sesuatu pastu hasilnya jadi mcm kat kedai. Memang kelihatan sungguh menjadi dan membulat pau u tu Pn Doc.
ReplyDeleteRajinnya buat pau, makcik dah lama tak buat pau.inti kacang merah ngan kaya memang sedap.
ReplyDeleteNak ckit.. Pos laju anto kampung ya!! He he.
ReplyDeleteMM---yezza..excited terlebih pon ada..hehe
ReplyDeletecik ina---hang dah master,aku amateur g..memang tak boleh tahan weh aku kalau bab kacang merah, kaya aku tak berapa suka
Abang@AA---ala, dah selamat dlm peyut la..nanti balik kg saya buat spesel kay=)
knur tak pernah cuba bat sendiri lg pau. suka mkn tapi ntahla bila nak cuba buat. huhu
ReplyDeleteRajinnya...!!!!
ReplyDeletePau saya? ..... beli brand Karts saje
hehehe
salam...
ReplyDeletesaya suka sangat pau kacang merah ni...kalau balik tang KL mesti singgah di R&R Sbn..pekena dulu Pau ni....baru legaaa..
k nur--cubala buat, sure ur kids will like it!
ReplyDeletehanie--hehe,rajin tang ni jek.. benda lain malas..^_^
sekamar rindu--cicah kopi O sedap..