May 18, 2010

Badi mayat

Salam dan bismillah...

Semalam saya gi melawat...
FIL kakak saya passed away, umo dah 70++
Cause of death: Pneumonia with sepsis
Tu yang saya senyap semalam...

Balik dari melawat, hubby suruh mandi dulu
Jangan pegang baby terus, mandi dulu...
Kenapa?Dia x cakap, tapi saya saja je, padahal memang dari kecil saya tahu sebab tgk mak saya setiap kali balik melawat orang meninggal mesti mandi dulu pastu basuh terus baju yang di pakai..
Betul ke ada badi mayat?

Entahla, saya kat hospital pun pegang mayat/dead body/jenazah ni dah macam pegang patient biasa. Yelah, setiap kali saya berdepan dgn patient yang nazak, of coursela perkara pertama yang saya buat resuscitation. Tapi, tak semua resuscitation saya berjaya. Kebanyakan berakhir dengan pronounced death. So, bila dah gitu saya kena pegang la kan sebab nak make sure patient dah betul-betul meninggal. Tapi saya pegang pakai glove la kan. Balik rumah, memangla saya mandi sebab dah petang. So far, alhamdulillah belum pernah lagi saya dan keluarga experience terkena 'badi mayat'. Seram sejuk ke? Or histeria? Entahla...Bila gi melawat tu saya bukannya ada sentuh jenazah...Saya telah menggoogle beberapa maklumat tentang badi mayat--kebanyakkan berkisar tentang keadaan orang atau orang sekelilingnya yang hidup macam serba tak menentu(cth: nampak bayangan mayat tu, seram sejuk, jadi penakut, kalau bayi akan menangis tak berhenti)

Kalau ada sesiapa yang arif, saya harap betulkan saya.
Kebanyakan ustaz cakap badi mayat ni bidaah dalam islam..Saya setuju dengan ini sebab pada saya seseorang yang dah meninggal terputus hubungannya dengan dunia. Yang penting kita bertawakal pada Allah, dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali.

Al-Fatihah...
"Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah…" semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a’lamin…"



May 16, 2010

Jom pergi Singapura

Salam dan bismillah....

"
"
"
"
Selamat Pagi...
Selamat Hari Guru...
"
"
"
Jom pergi Singapura
"
"
"
"
"
"
Dah siap-siap ni...
"
"
"
"
"
"




Beehoon goreng Singapura...

Tempting tak?
Saya dah lapar, nak kena kejut 2 hero bangun bekfas, hero sorang lagi minum susu ibu je ye!



May 15, 2010

Zaman dah berubah

Salam dan bismillah....

Zaman dulu....
Nak tanya cikgu kerja rumah apa kena buat pun segan, takut kena marah
Zaman sekarang...
Siap SMS: Cikgu, keja rumah muka surat berapa?
Cikgu: Esok sekolah ke cuti?

Zaman dulu...
Nampak je kelibat cikgu menyorok, especially cikgu disiplin
Zaman sekarang
Bukan main kalau nampak cikgu, siap hai cikgu!

Zaman dulu...
Mak Ayah tak pernah bising-bising kalau anak kena cubit pukul cikgu sebab anak degil atau tak buat kerja rumah
Zaman sekarang...
Mak Ayah siap nak saman cikgu, panggil wartawan masuk suratkhabar bila anak kena cubit

Zaman dulu...
Cikgu marah bila anak murid tulis surat cinta kat sekolah
Zaman sekarang...
Cikgu bukan saja marah tapi naik stress bila murid bawa hp dan main SMS dalam kelas

Zaman dulu...
Cikgu insan paling disegani dan dihormati, kalau kena marah pun telan bulat-bulat je
Zaman sekarang...
Pantang ditegur, dimarah, cepat je mengadu kat Mak Ayah, kalau jenis makayah yg tahu anak memang nakal takpa, tapi ada makayah yg buat tutup mata je,maklumla...anak sorang

Cikgu...Guru...
Insan paling mulia
Kalau hari ini anda seorang jurutera,
Kalau hari ini anda seorang wartawan,
Kalau hari ini anda seorang doktor,
Kalau hari ini anda seorang usahawan,
Kalau hari ini anda seorang peguam,
Kalau hari ini anda seorang arkitek,
Ingatlah, semua itu bermula dengan seorang bernama GURU!

Selamat hari guru buat semua guru-guru termasukla En hubby. Jangan garang-garang ya!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails