April 13, 2010

Contest Muka Garang Si Kecil

Saya join contest lagi...best tajuknya, muka garang si kecil...yelah, budak kecil ni selalu ada macam-macam face expression kan. Saya pun suka snap picture anak yang best2 and the most important one, it was a spontaneous face expression.



Contest ini dari blog liennasts at my.little.one

So, picture yang saya pertaruhkan ialah picture my first prince..
Tak taulah, picture ni nak kata garang not so, more to serious la..oleh kerana dalam syarat puan penganjur garang or serious, maka saya pun apalagi, join ler..ini picture nya..jeng jeng jeng....

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Mikael: aunty2 semua, amacam, serius tak saya?
Nama penuh: Ahmad Mikael bin Muhammad Faiz
Nama manja: Mika@abang
Tarikh lahir: 12 Mac 2008
Nama bapa: Muhammad Faiz bin Razali
Nama ibu: Andik Fadilah binti Abdul Aziz
Email: ibumikael@gmail.com

Ok, kepada mommies yang nak join, bolehla klik SINI





April 12, 2010

Hati ibuku terhiris lagi

Aku sudah BOSAN...


GERAM...


MARAH...

KECEWA...

SEDIH...

Mengapa ini terjadi?
Hati ibuku ini terhiris lagi...
Menatap wajah si kecil yang naif ini

(Copy and paste dari Utusan Malaysia online)tq utusan

Salah siapa?

Rasanya macam tak mahu dengar berita di TV, rasa macam tak mahu baca newspaper, rasa macam dah malas nak dengar perkembangan semasa, saban hari, saban minggu, saban bulan akhir2 ini banyak sungguh berita kurang enak tentang penganiayaan kanak-kanak, pembuangan bayi..oh, duniaku kah ini?Ampunkan aku Ya Allah, ampunkanlah mereka yang berbuat kemungkaran kepada-MU,berilah petunjuk kepada mereka, limpahkan rasa kemanusiaan dalam jiwa mereka yang hatinya ku kira sudah mati dengan peri kemanuasian dan rasa kasih terhadap bayi mereka sendiri...

*Aku tengok anak kucing mati tengah jalan pun mengalir air mata, sungguh aku tak memahami kenapa ada ibu yang boleh bunuh anaknya sendiri...*

*Maafkan aku, sungguh emo hari ini*


April 10, 2010

Tagging game: Anda, suami dan rakan

Baru sempat nak wat tag ni...busy dengan lil' Muaz yang takmo tido malam dua tiga hari ni, so mamanya sama jadi burung hantu, bangun pagi pon lambat..^_^
Tag ni datang dari Lyafrina..Tajuk tag tu pun saya copy je..hehe, boleh gitew..anyway, thanks Lya

1.Siapakah anda dirumah?
Seorang isteri, mama, anak dan majikan. Berbeza karakter bila memegang watak berbeza, sebagai isteri saya jadi manja, sensitif dan banyak mulut, lembut and loving as mama, keanak-anakan sebagai anak dan tegas garang sebagai majikan.

2. Siapakah diri anda disamping rakan?
Sebagai rakan yang setia dan kurang suka bercerita tapi suka mendengar cerita orang. Bergosip...hehe. Sometimes terlajak mengumpat(yang ni memang kena kurangkan). Suka share sumthing yang bagus and interesting.

3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?
# Rumah idamanku..hai, mana nak cari umah yang besar, selesa, cantik tapi murah kat KL nie?
# Perut kempis macam zaman anak dara
# Jadi specialist/consultant
# Nak anak perempuan plak...hehe(maybe another 3 years)
# DSLR(ini gajet yang makin popular..walaupun dah banyak yang murah, saya masih belum dapat beli, kena utamakan benda lain yang perlu dulu)

4. Siapakah nama pasangan anda?
Muhammad Faiz bin Razali


5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?
# Lemah lembut
# Janggutnya yang "mahal"
# Anak yang baik
# Suka bergurau
# Penyayang


6. Bila tarikh kahwin?(sebenarnya soalannya bila tarikh couple, tapi saya ubah kahwin sebab itu lebih bermakna)
My big day on 1st Jun 2007


7. Kenangan pahit anda bersama rakan anda?
Takda lagi setakat ni, semua happening...


8. Lagu tema cinta anda?
Takda la plak lagu tema, tapi masa mula-mula kahwin hubby ada dedicate lagu Dealova - Once


9. Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
Sayang, jadilah romantik lebih sikit..(hehe)


10. Tag 10 rakan lain
Umi, Yananuar, Kak Nur, Kak Ina Hashim, Syida, Ammi Sara, Orked, Eray, Leily dan Azlina

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails