Pages

January 14, 2013

Bersemangat ke sekolah

Assalamualaikum....

Dah hampir 2 minggu abang Mikael bersekolah. Tahun ini masih di tadika yang sama seperti tahun lepas. Jadi Mikael taklah kekok. Dah ada kawan kawan dan dah kenal cikgu cikgu. Persiapan sekolahnya pun taklah sehebat tahun lepas. Cuma belikan dia beg sekolah, kotak pensil dan alat tulis baru. Yang lain semua lama, uniform lama(masih muat lagi dan tak lusuh), kasut dan stokin lama, botol air dan bekal tupperware lama. Selagi boleh guna yang lama kita gunalah dulu.

Beg ni baba Mikael yang belikan, beg lagi besar dari badan dia, tapi sebab Ultraman Mebius beg besar pun takpa

Kotak pensil begini agak praktikal untuk Mikael, boleh buka depan belakang,  siap ada  sharpener sekali

Pandangan belakang kotak pensil

Sempat lagi tengok TV sebelum pergi school...
Oleh kerana sekarang Mikael dah masuk kelas untuk student 5 tahun, dia dah mula ada homework. Minggu lepas saja dah ada 3 kali teacher bagi homework iaitu nombor, tulisan jawi dan bahasa melayu. Oleh kerana saya masih cuti, petang petang lepas Zuhur saya akan monitor dia buat homework. Yang mana dia tak tahu baru saya tunjuk. Lepas ni kalau saya dah kerja , mungkin kena monitor waktu malam.  Dulu Mikael akan stay sampai petang di tadikanya sebab takda orang jaga tapi sekarang dia balik awal pukul 11.30 pagi sebab en. suami dah mengajar sessi petang dan kami dah ada pembantu rumah. Petang bolehlah Mikael rehat dan temankan Muaz main sebab malam ada kelas mengaji Iqra' pula. So far nampak dia teruja sangat pergi sekolah dan kelas mengaji. Bersemangat bukan main. Tak pernah kata penat ke, tak mahu pergi ke. Alhamdulillah. Moga semangatnya itu sampai ke bila bila.

17 comments:

  1. Comelnya Mikael. Kindy mane die pegi ya? Ishh..hensem lak tgk anak bujang tu...

    ReplyDelete
  2. otromen Mebius lagi power eh? daripada otromen2 yang lain?

    ReplyDelete
  3. my anak buah kena re beli baru, bag angry bird. before this dia dah beli bag power rangers, tapi kecik sebab buku2 dia besar2 sampai takleh zip.

    eh cerita pasal bag pulak.

    ReplyDelete
  4. besaq dah anak akk. hehe. sonokla dia p sekolah tu.. huhu

    ReplyDelete
  5. Faraherda.Razalan

    Mikael gi kindy biasa je, tapi english montessory base..dekat dgn sekolah ayah dia tu yg hantar situ

    ReplyDelete
  6. DrSinga

    Otromen lain pun power gak, wakaka..

    ReplyDelete
  7. Adia

    Budak budak gitulah, kalau boleh semua nak baru, mak ayah yang kopak, hihi

    ReplyDelete
  8. L

    Dah 5 tahun, tu baru tadika belum sekolah lagi

    ReplyDelete
  9. hamboiii bestnya mikael.. seronok p sekolah yer...

    Qalesya still macam2 alasan tk mau pergi sekolah huhu

    ReplyDelete
  10. Homework bebudak skrg mmg byk. Tapi nak pandai punya pasal.. layankan je.

    Seronoknya dpt belajar Iqra tiap mlm, kita buat seminggu sekali je.. sbb ikut jadual Cikgu ngaji.

    ReplyDelete
  11. Waa cantik beg ultraman tu,kira penyuntik semangat Mikael jugak tu.

    ReplyDelete
  12. gud boy...
    asya stakat ni xde homework lagi

    ReplyDelete
  13. rajin Mikael ke sekolah dan buat homework.... kat sini nasib baik homework sekali seminggu jer. so hujung minggu kena gerak gempur siapkan homwork :)

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!