1 Januari 2013. Tiada yang terlalu istimewa. Mulanya kami sekeluarga (baca: saya) merancang untuk ke Taman Burung. Awal pagi kami dah pun gerak. Sampai ke destinasi , perasaan dan badan sudah tidak sedap. Seram sejuk. Hilang terus semangat. En suami pun kata tak payahlah jalan kat bird park, kita jalan dalam kereta je(hati kecewa tapi badan yang kurang sedap terpaksa pasrah). Maka, pusing pusing saja kami di sekitar Jalan Duta. Tengok istana negara dari kejauhan.
On the way balik boleh pulak badan rasa ok sikit. Singgah makan kat KFC dan balik rumah. Telan paracetamol dua biji dan tidur. Bangun dari tidur badan dah rasa ok. Rumah tiada air masa tu. Apalagi, kepala ligat fikir nak mandi mana. Air yang ada hanya cukup untuk minum dan basuh hasil kumuhan. Heheh. Oleh kerana badan dah sedap sikit, kami pun pergi ke Kompleks Renang Sri Siantan yang dekat dengan rumah ni. Swimming plus mandi. Yeehaa. Bayar 4 ringgit dewasa. Mikael dan Muaz free sebab kurang dari 6 tahun. Kat sini nak mandi memang kena ada swimming attire. Kalau pakai baju biasa alamat memang kena tegur dengan pekerja di situ dan di arahkan keluar dari kolam renang.
Mikael dah pandai swim, tapi kena guna swim arm band
Muaz penakut sikit
Balik rumah dah dekat nak Maghrib tapi air masih belum ada. Mujur dah mandi. Makan malam pun beli je. Air ada semula lepas Isya'. Syukur sangat. Dengarnya teruk juga krisis air di sekitar gombak dan ulu klang ni, ada kawasan yang berhari hari tiada air. Terpaksa tunggu lori SYABAS bawa bekalan air. Moga cepatlah berakhir krisis air ni.
Itulah 1 Januari kami yang tak berapa nak best sangat, tapi tetap bersyukur sebab masih di panjangkan usia dan di beri nikmat yang banyak oleh Maha Pencipta.
1/1/2013, kakcik dan suami balik ke Teluk Intan.
ReplyDeleteSelalu juga kakcik lalu ikut kompleks Sri Siantan tu bila ke Selayang Mulia atau ke Batang Kali. :)
Kat ne tu? Pas mandi kolam, ms bilas tu...ade lak air kat pool tu eh?
ReplyDeletekak cik
ReplyDeletebolehla ke sana juga nnt bawa anak mandi manda
Fara,
ReplyDeleteKompleks renang ni kat Sg. Tua Batu Caves, on the way nak ke Ulu Yam, actually taklah dekat sangat dengan rumah saya, lebih kurang 20minit naik kereta. Kat sana air memang ada, dah check dulu sebelum masuk:)
susahnya kalau ada masalah air ni..
ReplyDeletehappy new year :) -
ReplyDeletealhamdulillah kat klang tak affected but dgr kawankawan kat puchong pun da berhari hari xda air
Kalau tak ada api taklah sesusah kalau tak ada air. Anak-anak sukalah sebab kerana tak ada air dapat ke swimming pool.
ReplyDeletehappy new year sirna :) ingat i lagi tak? heheh. bijak2 rumah takde air, solutionnya ke swimming pool eh. nasib tak ke morib ke, OD ke hehe.
ReplyDeleterumah MIL kat Tmn Permata pun ada masalah air ni, nasib tempat i duk tak de masalah.
kesian org selangor takde air kan..kat kelantan tganu byk pulak airnya, melimpah2...
ReplyDeletebiar xde letrik,jangan xde air....
ReplyDeletejenuh..