Terasa sayu pagi ini. Ehcehwah. Maklumlah, hari terakhir di 2012. Esok dah 2013. Buat saya 2012 banyak juga pahit manisnya. Tak mahu bicara tentang pahit. Yang paling manis ialah bila Allah anugerahkan saya dengan seorang lagi zuriat pada tarikh 22 Oktober 2012. Manis. Indahnya walau dah pernah melahirkan tapi pada saya setiap kelahiran zuriat tiada yang serupa.
Yang manis lagi ialah bila emak dapat menunaikan haji ke tanah suci. Walau bukan saya yang menemani tapi saya bersyukur kerana doa dan hajatnya untuk ke tanah suci telah pun dimakbulkan. Moga selepas ini saya dan suami pula akan menyusul. Rindu Kaabah. Rindu Masjid Nabawi. Rindu Raudhah. Walau tak pernah ke temu tapi seakan melambai tempat tempat suci itu. Moga diberi rezeki dan kesempatan untuk ke sana nanti, insyaAllah..
2012 terlalu banyak mempositifkan saya. Saya bersyukur kerana dibuka mata, telinga, hati dan minda menerima setiap ketentuan dengan positif. Semakin rasa bahagia dan ingin sentiasa membahagiakan. Tentunya keluarga tersayang saya menjadi sumber kekuatan. Selamat datang 2013.
Harta dunia akhirat saya yang dilahirkan pada 22 Oktober 2012 jam 12:14 tghr
Mereka yang membahagiakan saya:)
Moga 2013 lebih bahagia :))
ReplyDelete***sori. Tak sempat menyingah memana. Lepas kenduri kami terus balik ke penang. Anak2 pun meragam.penat.
Lain kali kalo ke KL lg bolela singgah setapak :)
Delete@najwa
ReplyDeletetakpa, org ber anak macam tula, faham sgt..next time rogerla aku kalau ke sini:)
Salam Fadilah..
ReplyDeleteSelamat tahun baru.. Alhamdulillah untuk segala yg indah2.. semoga segala azam dapat dipenuhi sebaiknya.. insyaAllah..
salam awak..
ReplyDeleteanak2 memang harta yang tak ternilai...
dunia dan akhirat...
selamat tahun baru...
saya teringin nak ada anak. tapi kene kawin dulu.
ReplyDeletesaya teringin nak pegi mekah. tapi yang tu takpe, tak kawen pun boleh pegi. ;D
Moga Allah makbulkan segala hajat you Dr Sirna, especially utk ke Tanah Suci. Aamin.
ReplyDeleteSelamat thn baru. In shaa allah 2013, akan ada byk lg cabaran yg buat kita lg kuat.
ReplyDeleteselamat tahun baru...
ReplyDeletesemoga segala impian akan dimakbulkan allah swt..amin
omel - baru habis pantang la ye :)
ReplyDeleteha ni baru pasan, dapat new baby! congrats u.
ReplyDelete