Pages

November 27, 2012

Set bersalin Tanamera

Salam semua..

Anak ke tiga ni orang kata ala pejam mata je, semua dah tahu kan..tapi, saya tetap rasa setiap kandungan dan setiap anak itu berbeza. Cuma, mungkin pengalaman mengandung dan bersalin anak sebelumnya membuatkan kita lebih tahu apa nak buat, apa nak beli. 

Kalau zaman mak kita dulu, set bersalin ni bukan sesuatu yang komersil macam sekarang. Dulu, mak bidan urut tu la yang akan sediakan semua kelengkapan bersalin macam pilis, param, dan air mandian segala. Tapi, sekarang dah senang sebab dah macam macam set bersalin yang ada di pasaran. Sediakan duit je. Pengalaman saya menggunakan set bersalin untuk Mikael dan Muaz tidaklah begitu memberangsangkan kerana saya tak gunakannya secara maksimum. Beli mahal tapi tak guna secara maksimum. Sebabnya saya ni memang tak makan jamu. Dari anak pertama sampai ketiga ni, jamu memang bukan untuk saya sebab satu tak tahan bau dia, then anak anak saya semua kuning jaundice. Memang jamu awal awal dah tolak tepi. Untuk 2 anak yang dulu tu saya guna dua set yang berbeza jenama dan dua dua pun ada jamu. Jadi, rugi je la kan beli.

Kali ni, saya memang dah nekad. Saya nak set bersalin yang tiada jamu. Bila cari cari, rupanya set bersalin Tanamera telah memikat hati saya kerana ia memang sesuai untuk ibu menyusu dan siapa yang memang tak mahu makan jamu. Set bersalin ni memang paling banyak produk dalam tu saya guna walaupun tak habiskan 100%. Paling saya suka, dia ada 'Virgin Coconut Oil' atau minyak kelapa dara yang tersimpan seribu satu khasiat semasa mengandung dan selepas bersalin. Nanti saya akan kongsikan khasiat VCO ni. Ada macam macam lagi dalam set tu dan kesemuanya untuk kegunaan luaran kecuali teh herba. Kesemuanya memang guna kecuali param sebab perut saya dah kempis LOL saya pakai losyen halia.

Gambar dari FB Tanamera. Haha, malas nak ambil gambar.


Kalau nak tahu lagi pasal produk ni boleh tengok kat sini.


8 comments:

  1. Masa mengandung dan berpantang anak bongsu dulu, kakcik guna set Salindah. Tak tahu samada set itu masih ada atau tidak sekarang ni. :)

    ReplyDelete
  2. VCO tu kita minum masa bersalin je. masa pantang tak minum langsung.

    ReplyDelete
  3. tak pernah guna set Tanamera. Harga boleh tahan mahal jugak.

    ReplyDelete
  4. tengok jenama ni, teringat lagu lama, Guantanamera. heheh~

    ReplyDelete
  5. makin lama makin mudah perawatan untuk bersalin..time akak dulu minum air akar kayu dan minum jamu ajer..harga pun murah tak mcm skrg ni mahal berdentum

    ReplyDelete
  6. akak pun dulu macam tu.. beli aje satu set tapi tak guna semuannya pun.. bagus juga set tanamera ni ya.. takdelah pembaziran klu setnya dapat kita gunakan semua..

    ReplyDelete
  7. lya dulu xde ambik apa2 pon..just sapu krim pati halia je bila berbengkung.. takut nk campur dgn ubat spital

    ReplyDelete
  8. Tetiba rindu zmn berpantang...
    Haihhh~

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!