Alhamdulillah, semalam gencatan senjata antara Hamas dan Israel sudah dilancarkan. Ya, ini bukan yang pertama kali dan setiap kali juga Israel yang memungkiri janji janji manisnya. Cuma, sekarang ini ialah waktu bertenang. Mengambil kata kata seorang pendakwah di radio, bahawa gencatan senjata hanyalah waktu rehat. Rehat untuk mengambil sedetik nafas. Yang pasti, umat Islam di seluruh dunia tidak terus rehat dan sentiasa bersiap siaga dengan seluruh hati dan jiwa menentang Israel. Yahudi telah lama memusuhi Islam, dari zaman Rasulullah lagi, hingga kini...
Palestin ialah bumi umat Islam...bumi kita. Ia bukan bumi milik rakyat Palestin sahaja. Setitis darah rakyat Palestin yang mengalir di bumi Al-Aqsa ini milik saudara kita...Al-Aqsa tempat yang mulia yang amat Yahudi ingini untuk dihapuskan. Mungkin mereka fikir mereka punyai kekuatan dan senjata yang hebat, tapi kita ada Allah yang akan memelihara masjidil Aqsa , Gaza dan Palestin..Kita ada doa sebagai senjata terhebat. Teruskan berdoa, teruskan menyumbang sedikit rezeki yang kita ada, dan boikot selagi boleh produk yang menyumbang kepada Israel..
Palestin, pasti kan merdeka nanti! Allahuakbar!
We will not go down!
kita tak bole tgk gambar baby yg mati tu. sedeh! nanges!
ReplyDeletejanji allah itu benar. Palestin akan aman. Kiamat makin hampir. Itu semua pasti akan berlaku.
ReplyDelete