Jika seseorang katakan begitu pada anak kita mungkin ada yang sentap kan?Betulla tu, tak dinafikan mak ayah akan lebih dulu melenting jika anak dikatakan nakal.
Boleh tahan anak kau ni. Bertuah!!
Macam ni ok ke?Ye, macam ni bagus. Berbasa basi sikit. Kata kata tu kan ibarat doa. Kalau orang lain cakap begitu pada anak kita dan kita tak suka, maka, janganlah sekali kali kita pula sendiri cakap yang anak kita nakal.
Kanak kanak yang suka berlari, panjat memanjat, koyakkan kertas, bergomol, kacau adik ialah seorang kanak kanak normal. Itulah lumrah kanak kanak, mereka belajar dan meneroka dunia dengan bermain. Kadang kelakuan mereka ditafsirkan nakal bagi sesetengah orang. Saya sendiri sering mengeluh bila rumah yang sudah siap di kemas dicacamarbakan kembali oleh si kecil. Lumrah ada anak kecil kan. Pernah juga rasa mahu menangis apabila barang berharga kita di rosakkan oleh si anak. Tapi, kadang kecuaian itu datang dari diri sendiri juga, jadi marahkan si kecil ahli syurga itu akan lebih mengeraskan hati kita. Dah tahu anak itu sangat aktif, pandai pandailah kita menjaga harta benda kita. Heheh..pengalaman lalu cukup mengajar saya.
Saya tak nafikan menjadi seorang ibu bekerjaya dan mempunyai 2 anak lelaki yang aktif, dan kini 2 sudah menjadi 3 memang lelah. Seringkali saya mengimpikan untuk menjadi ibu hebat. Walau kadang emosi tak terkawal dek perangai si anak. Saya masih cuba dan belajar. Sentiasa cuba membaiki kesilapan. Pada saya, walau apa pun alasan kita, anak anak perlu disentuh hatinya dengan kelembutan dan kasih sayang. Semakin kita keras, semakin kita marah dan semakin kita berfikiran negatif, selagi itulah anak kita takkan menjadi seperti yang kita mahukan. Menjadi seorang ibu kedengaran mudah, hakikatnya tak semudah yang di fikirkan. Anak itu amanah Allah. Suci dan bersih. Ibu bapa yang mencorakkan mereka. Tiada ibubapa yang mahukan anak bersikap negatif mahupun nakal, tapi ibubapa sendiri perlu mengubah sikap, berfikiran positif dan paling penting mendoakan kebaikan serta positif dan lemah lembut dalam percakapan. Saya juga sedang berusaha ke arah itu. Tiada manusia yang sempurna, tapi kita boleh mencari kesempurnaan itu. Senyumlah kepada anak, sapu ubun ubun mereka, jika punyai masa bermainlah dengan mereka. Peluklah mereka setiap hari sebanyak yang mungkin.
Saya suka sekali dengan satu parenting qoute ini:
“If I had my had my child to raise over again:
I’d build self-esteem first and the house later
I’d finger paint more and point the finger less
I would do less correcting and more connecting
I’d take my eyes off my watch and watch with my eyes
I would care to know less and know to care more
I’d take more hikes and fly more kites
I’d stop playing serious and seriously play
I would run through more fields and gaze at more stars
I’d do more hugging and less tugging
I’d see the oak tree in the acorn more often
I would be firm less often and affirm much more
I’d model less about the love of power
And more about the power of love.”
~ Diane Loomans
I’d finger paint more and point the finger less
I would do less correcting and more connecting
I’d take my eyes off my watch and watch with my eyes
I would care to know less and know to care more
I’d take more hikes and fly more kites
I’d stop playing serious and seriously play
I would run through more fields and gaze at more stars
I’d do more hugging and less tugging
I’d see the oak tree in the acorn more often
I would be firm less often and affirm much more
I’d model less about the love of power
And more about the power of love.”
~ Diane Loomans
Biar nakal mana pun anak tak ada ibu yg surrender utk menjaga melainkan ibu yg tidak tahu akan nilainya.
ReplyDeletewak pon sayang anak wak jugakk.. ehHHHee
ReplyDeletesaya sayang semua budak budak. :)
ReplyDeleteAda masanya jadi tak tahan sabar....ibu yg menangis dulu :)
ReplyDeletebiase la... kalau ade anak kecik umah boleh kemas manjang tu mmg pelik..
ReplyDeletetp part org kate anak kite nakal tu yg agak hangin.. sabo je la..
thanks for sharing parenting quote tu..very nice! :)
ReplyDeleteperkongsian y beharga..
ReplyDeletesetiap anak2 ada masa bermain..ekceli bla dia org main & sepah2 bjn nakal..tp explore sbnarnya..lmrah kanak2 camtukan
Yup..bukan mudah dalam membesarkan anak2...barulah tahu, dulu betapa payahnya ibu nak melayan kerenah saya yang nakal masa kecil
ReplyDeleteP.s : Mohon bantuan utk klik G+ entri ini iPhone 5 Gadget Impian