Pages

March 17, 2012

Semoga Allah sentiasa merahmati kamu...

Anak anak mama...


Ahmad Mikael dan Ahmad Muaz..


Genap sudah usia kamu berdua 4 tahun dan 2 tahun..harijadi kamu yang selang 2 hari sahaja buat mama teruja setiap kali datangnya bulan mac..


Teringin sekali mama ingin membuat entri khas di hari bersejarah kamu berdua..namun hambatan masa membuatkan mama tidak berkesempatan berbuat semua itu.


Gambar kek coklat yang mama buat juga tak sempat di ambil. Kita meraikan hari lahir kamu dengan penuh kesederhanaan. Itupun cukup menggembirakan mama dan kamu berdua...


Anak anak mama..moga kamu berdua jadi insan dan hamba Allah yang taat dan berjaya di dunia dan akhirat...jadikan Al-Quran sebagai sahabat akrab dan solat sebagai penguat jiwa kamu. Mama mahu kamu berdua sihat dan membesar dengan penuh kesempurnaan...Ketahuilah mama sentiasa menyayangi dan mencintai kamu berdua walau apa jua yang terjadi...


Video ini mama titip khas sebagai kenang kenangan...Love...Mama


Published with Blogger-droid v2.0.4

9 comments:

  1. ;)


    moga mereka menjadi anak yang taat...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari ulangtahun kelahiran Ahmad Mikael dan Ahmad Muaz. Semoga membesar dengan sihat, cerdas dan cerdik serta menjadi anak2 yang soleh. Amin.

    ReplyDelete
  3. happy birthday mikael dan muaz
    semoga mjadi anak yg solleh :)

    ReplyDelete
  4. sanah helwah utk mikael n muaz...

    ReplyDelete
  5. happy besday to both encem boys...moga jadi anak soleh penyejuk mata

    ReplyDelete
  6. Selamat harijadi Mikael dan Muaz. Semoga menjadi anak yg soleh dan membesra menjadi anak yg cemerlang...

    ReplyDelete
  7. selamat hari lahir,semoga menjadi anak yg baik, dan semuanya yg baik2 utk kamu

    ReplyDelete
  8. Happy birthday to your kids Dr Sirna... Moga mereka jd anak2 yg soleh.

    Baru hari ni dpt menjenguk blog you... kesibukan melanda2.

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday utk Mikael & Muaz yer...semoga membesar dgn sihat...amin...

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!