Pages

February 10, 2012

Terlalu melindungi

Salam  semua:-D

Mungkin  ada kawan  yang pernah baca entri  saya tentang  Mikael jatuh motor haritu kan.

Serius. Rasa scary seriau tengok dahi dia yang benjol sebesar telur gred C tu. Sebagai  ibu tentulah saya risau  dan cemas. Dan kadangkala  jadi overprotective. Tapi berbekalkan ilmu perubatan yang saya ada saya cuba menenangkan hati yang rungsing dan jiwa yang kacau. Saya cuba untuk tidak  nampak panik walau dalam hati saya gelora besar sedang melambung!Perasaan yang  cukup bercampur baur antara  geram,sedih,marah dan risau!Tapi siapa saya untuk menolak  takdir Allah. Kun Fa Ya Kun. Saya berdebar debar. Selepas nampak saja benjol yang besar itu saya tidak berfikir panjang .Saya baringkan Mikael di pangkuan dan cuba menenangkannya kerana dia juga nampak agak cemas. Segera saya menyuruh adik ipar mengambil botol sos tiram yang sudah kosong untuk di isi air panas. Iya,ada orang guna ais tapi pada saya untuk benjol fresh lebih elok guna air panas yang dibalut towel. Tapi jaga jaga pastikan jangan terlalu lama di tuam dan jangan direct tuam tanpa sebarang balutan takut kulit melecet! Selepas di tuam memang akan nampak saja benjol sedikit berkurang. Keesokan harinya baru saya mula tuam dengan ais. Boleh kata sampai 4 hari selepas kejadian saya masih tuam dengan ais supaya benjol mengecut.

Ada orang tanya saya...tak buat x-ray ke?Ada fracture ke? Internal bleeding? Saya senyum dan kata tidak. Pada saya tak perlu sebab Mikael tidak menunjukkan sebarang  tanda yang dia tidak normal. Dia siap berselera makan selepas jatuh.

Semalam baru kawan saya bercerita tentang seorang kenalannya yang cukup overprotective. Kisahnya anaknya terjatuh juga. Sudah dibawa jumpa pakar kanak kanak dan x-ray dilakukan tapi semua normal. Doktor pakar juga kata anaknya ok. Cuma kena perhatikan kalau kalau anak itu mempunyai sebarang tanda tanda seperti loya loya, muntah, kabur penglihatan, sakit kepala yang berpanjangan, lemah atau kebas anggota badan atau anak berkelakuan pelik/abnormal behaviour. Kisahnya, dalam perjalanan pulang dari hospital si ibu kepada anak tadi terlalu risau dan asyik bertanya kepada anaknya samada mahu rasa muntah tak pening tak...Jadi kanak kanak yang mula mula ni jawab takda terus jawab ya, dia rasa sedikit loya setelah ibu bertanya berkali kali. Saya faham risaunya ibu itu. Saya mengerti gelora hatinya. Bila dia dengar saja anaknya sebut loya terus dia berpatah balik ke hospital dan request supaya dijalankan imbasan kepala atau CT scan brain. CT scan pun dibuat. Keputusannya normal. Lega hati si ibu. Tapi tanpa sedar kanak kanak itu telah teredah kepada radiasi yang banyak. Dan itu tidak baik untuk dirinya kerana dia masih kecil. Dia telah terdedah kepada risiko mendapat kanser bila dia dewasa kelak.

Overprotective. Terlalu melindungi. Semua ibu bapa lazimnya begitu. Ada masa perlu. Ada masa jangan terlalu begitu. Sama juga bila anak demam, batuk tidak semestinya perlu antibiotik. Bukan bermaksud buat tak kisah. Demam panas mesti makan ubat, sponging(basahkan badan dan kepala dengan kain basah) dan mandikan anak dengan kerap. Jangan bungkus dengan selimut. Lagi tinggi suhu badan lagi tinggi juga risiko sawan atau tarik. Jangan tak bawa jumpa doktor pula, itu namanya mengabaikan melainkan anda ialah seorang doktor dan yakin boleh rawat sendiri. Anak saya sendiri kalau saya lihat terlampau teruk saya juga tidak yakin merawatnya sendiri. Saya bingung dan bawa jumpa doktor atau pakar kanak kanak lain. Macam dulu saya ada seorang pembantu rumah yang terkena penyakit Tuberculosis(TB). Dihantar pulang secepat mungkin setelah saya ketahuinya. Tak lama lepas itu Mikael batuk berpanjangan dan tak baik walau diberi antibiotik. Saya bimbang. Lantas saya bawa ke pakar Pediatrik dan x-ray dada dibuat. Paru paru dia clear. Tiada tanda TB. Mantoux test(ujian memasukkan antigen Tuberkulin untuk melihat jangkitan TB yang lepas) juga negatif. Syukur saya lega. Tapi tanpa sedar saya sudah dedahkan Mikael dengan radiasi. Tapi, apa boleh saya buat? Saya teramat risau Mikael terkena TB. Tapi saya rasakan waktu itu justifikasi saya tepat sebab pembantu rumah saya ada direct contact dengan Mikael. Dan Mikael juga ada simptom batuk. Jadi sifat terlalu melindungi saya pada waktu itu memang perlu.

Tujuan entri ini bukan hendak menakutkan atau menafikan yang terlalu melindungi itu tidak bagus. Ia perlu pada masa tertentu tapi jangan terlampau. Dan ia tidak boleh diguna pakai buat ibu bapa yang mempunyai anak istimewa/ pramatang sebab anak anak sebegini memang perlu special attention dan perhatian yang lebih. Betul tak mama2q? Kita perlu overprotective kepada kanak kanak begini sebab mereka ini lebih fragile dan mudah terdedah kepada segala bahaya.

Konklusi? Pengalaman?Tinggal dalam kotak komen ya!

13 comments:

  1. Iyalah, kan? Ibubapa mana yang tak risau bila anak2 tak sihat atau sebagainya. Tapi sikap terlalu melindungi itu juga mungkin akan membuatkan anak2 hilang keyakinan diri. Wallahhuaklam. :)

    ReplyDelete
  2. Biasanya kalau jatuh kepada walau benjol tapi bahagian depan tidak semerbahaya kalau jatuh terlentang dan kepala bahagian belakang yg terhantuk. Itu yg kakak dapat tahu sejak punya anak pertama dulu... Oleh itu kalau setakat benjol depan tak perlu bimbang seperti yg Lady kata unless ada simptom lain.

    Namun kalau terhantuk bhgn belakang tak boleh tidak memang kena pergi doktor...

    ReplyDelete
  3. betul.. betul..
    tak perlu panik sangat
    :)

    ReplyDelete
  4. budak kecik terjatuh terantuk lalu benjol lebam dsb mmg biasa..


    sy pon risau kalau berlaku mcm tu..tp sbb dh berpengalaman (dh 2 anak)..biasanya sy bertenang..dakap dia..susukan dia dan letak ais (yg ni sy pernah baca suh letak ais utk elak salur darah mengembang lps jatuh)


    kita mmg x boleh overprotective sgt kat anak-anak..takut diaorang jd lembik..mcm kes kwn u tu..x pasal-pasal anak dia terdedah radiasi sbb kerisauan melampau..

    ReplyDelete
  5. bagus entry ni.. jadinya boleh ambil panduan utk buat mana yg perlu mengikut keperluan dan keadaan.. terima kasih yer..

    ReplyDelete
  6. betul tu...ibu bapa mana tak sayang anak...tapi protective tu kena tgk tempat la...jgn terlalu overprotective..tgk keadaan...

    ReplyDelete
  7. being overprotective and being protective is hard to define. That's why many parents' tend to cross the line.

    ReplyDelete
  8. overprotective...kadang2 perlu...kadang2 tak elok unk anak2 :)

    ReplyDelete
  9. My 1st anak yang lahir normal/term, waktu dia selsema atau demam sikit2, sampai 2 minggu pun saya tak kisah, kdg2 tak bagi ubat pun, dia baik sendiri..tapi utk anak premature si qaid itu, baru sehari selsema, sudah sampai ke peparunya, sudah tercungap2 bernafas, tak boleh tidak terpaksa bagi ubat, dan selalunya kena antibiotik baru dia ok...so protection is perlu, but not to be overprotective...ikut keadaan...

    ReplyDelete
  10. siapa tak sayang anak kan.. Tapi akak jenis lepas sikit kebebasan kat anak. Jatuh ke lebam ke, usually akak biar je.. Unless dia muntah.. ALHAMDULLILAH. bagi depa lasak sikit.

    ReplyDelete
  11. anak nih susah nak cari ganti...kurniaan terhebat...overprotective takpe...cumo bertempat la...

    ReplyDelete
  12. kdg2 kita mmg akan jadi sgt overprotective...

    erm... kalu Iman melalak, bleh relaks2 jer.. kalu tau dia ngada2.. tp kalu dia nangis, tiba2 abi dia marah dia, sentappp ja... rasa mcm Ummi yg kena marah..

    erm.. tuh kira overprotective ka?? hahahah

    ReplyDelete
  13. Thanks Dr. Sirna atas info itu. Itu ari pun Shashal ada satu insiden ngeri, tetiba je kakak dia menjerit.. kata Shashal tetimpa meja batu, kami pun apa lg.. separuh pengsan membayangkan.. Alhamdulillah rupa2nya sekadar tergolek dr meja . Kita sbg ibu bapa mmg cepat panic bila melibatkan keselamatan anak.

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!