Pages

November 17, 2011

Speechless

Assalamualaikum...


Saya menghadiri majlis kahwin sepupu en hubby baru ini...

Mesti kamu kata, itupun nak cerita...ehcehwah...ini bukan cinta biasa tau!

Ini cinta luar biasa! Ecehceh...bikin gempak saja saya...Sebenarnya, majlis ini saya anggap unik kerana kedua pasangan ini insan istimewa tau....

Keduanya tidak boleh berbicara sejak mereka lahir....Tapi, lihatlah, jodoh pertemuan itu telah Allah tetapkan buat mereka berdua.

Tak sempat menyaksikan pernikahan secara live, bagaimana bahasa isyarat digunakan sewaktu akad nikah...Tapi, dapat juga tengok videonya..Syahdu sungguh rasa hati, Maha Besar Allah...

Manis lembut si perempuan dan kacak bergaya si pengantin lelaki...oh, both of them are so gorgeous.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Doa saya semoga mereka dikurniakan zuriat yang ramai, sihat dan soleh...Amin...

Sesungguhnya, yang bisu itu hanya bicara, hati itu tidak pernah bisu..


Notakaki: Bila ada kelebihan diri, jangan lupa pandang kekurangan orang lain dengan rasa insaf, manusia itu semua sama di sisi Tuhan, hanya takwa yang membezakan...


Published with Blogger-droid v2.0.1

4 comments:

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!