Bersenang-senang dengan keluarga, indah kan;-). Oh ya, selamat hari Ibu buat semua ibu-ibu. Anda semua ibu hebat!
Saya tahu ini cerita sudah
Walaupun dah terlambat nak bercerita di sini keterujaan itu masih wujud hingga kini.
Sungguh seronok join Sarakids open day tempohari. Denai Alam Recreation Centre jadi saksi ratusan pinky mommy, red kiddos and superb black daddy!
Kami bertolak awal pagi, seawal 7.30am dan sampai jam 8.30am. Sungguh
Tujuan pergi awal takut tak jumpa tempat. Tapi, memang syukur tak sesat langsung!
Kami antara yang terawal sampai...see, takda orang lagi...huhu, baby besar dok kat stroller kecit
Si pink mama ni nak interframe gak....
Serius je muka dia bila dapat naik kuda. Dah lama sangat Mikael nak naik kuda. Akhirnya dapat mama tunaikan impian dia
Seronok sangat tau Mikael. Saya memang ada niat nak hantar dia ke kelas menunggang kuda bila dia besar sikit kelak, insyaAllah...
Adik Muaz yang boring takda aktiviti lain selain menyusu, dia memang agak buat hal mungkin sebab panas, tapi akhirnya dia tidur setelah kepenatan yang amat...
Masa ni amat seronok...Kami semua berkumpul beramai-ramai di pentas utama dan Puan Farah menitiskan airmata taktakala bercerita tentang breastfeeding. Saya juga hampir
Sempat lagi
Ini ialah signature board yang mengandungi tandatangan semua orang yang menyokong penyusuan susu ibu!
Ada satu lagi acara yang saya tak sempat ambil gambar iaitu pertunjukkan berkuda sambil tiup api sebab masa tu tengah pegang adik Muaz yang tidur kepenatan.
Kami pulang kepenatan tapi saya sangat gembira. Sempatla berkenalan dengan 2, 3 orang teman. Rasa satu jiwa walau tak kenal antara satu sama lain. Saya bersyukur semakin ramai ibu menyusukan bayi dan kebanyakkan mereka ibu berkerjaya...
Nota kaki: Menyusu bayi nampak mudah tapi ia perlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Fikir positif, insyaAllah...
cayokkkk...
ReplyDeletesemoga berjaya :)
susu ibu the best !!
insyaAllah kasih...amin...
ReplyDeleteberkesempatan nak pergi. lgpun Knur rasa mcm dah tak brp kena nak pergi sbb dah lama berhenti menyusukan anak bongsu. Yelah dia dah 4 thn. Berhenti masa umur dia 2 thn 4 bln.
ReplyDeletebersemangat utk breast feed lebih lama kali ni ;) semangat, semangat...
ReplyDeleteaku mmg semangat nak fully bf for 2nd baby.bpump pun dah beli.
ReplyDeletesemangat! semangat!