Pages

May 8, 2011

Sarakids open day and breastfeeding gathering

Salam dan selamat  hari minggu semua...

Bersenang-senang dengan keluarga, indah kan;-). Oh ya, selamat hari Ibu buat semua ibu-ibu. Anda semua ibu hebat!

Saya tahu ini cerita sudah basi lama. Tapi ingin kongsi juga.

Walaupun dah terlambat nak bercerita di sini keterujaan itu masih wujud hingga kini.

Sungguh seronok join Sarakids open day tempohari. Denai Alam Recreation Centre jadi saksi ratusan pinky mommy, red kiddos and superb black daddy!

Kami bertolak awal pagi, seawal 7.30am dan sampai jam 8.30am. Sungguh tergamak saya mengejutkan dua hero kecil itu seawal 7pagi untuk mandi. Nasib tak meragam.

Tujuan pergi awal takut tak jumpa tempat. Tapi, memang syukur tak sesat langsung!



Kami antara yang terawal sampai...see, takda orang lagi...huhu, baby besar dok kat stroller kecit

Si pink mama ni nak interframe gak....




Serius je muka dia bila dapat naik kuda. Dah lama sangat  Mikael nak naik kuda. Akhirnya dapat mama tunaikan impian dia




Seronok sangat tau Mikael. Saya memang ada niat nak hantar dia ke kelas menunggang kuda bila dia besar sikit kelak, insyaAllah...

Adik Muaz yang boring takda aktiviti lain selain menyusu, dia memang agak buat hal mungkin sebab panas, tapi akhirnya dia tidur setelah kepenatan yang amat...


Masa ni amat seronok...Kami semua berkumpul beramai-ramai di pentas utama dan Puan Farah menitiskan airmata taktakala bercerita tentang breastfeeding. Saya juga hampir hujan menangis, oh sebak..Kami bangga menyusukan bayi kami dan kami terharu para suami memberi kami sokongan yang kuat! Terima kasih baba...

 Sempat lagi Yang Berhormat Mikael buat lawatan kehormat melawat kuda-kuda beliau DARC. Mikael cakap kat kuda tu, nanti abang datang lagi ok!
Ini ialah signature board yang mengandungi tandatangan semua orang yang menyokong penyusuan susu ibu!

Ada satu lagi acara yang saya tak sempat ambil gambar iaitu pertunjukkan berkuda sambil tiup api sebab masa tu tengah pegang adik Muaz yang tidur kepenatan.


Kami pulang kepenatan tapi saya sangat gembira. Sempatla berkenalan dengan 2, 3 orang teman. Rasa satu jiwa walau tak kenal antara satu sama lain. Saya bersyukur semakin ramai ibu menyusukan bayi dan kebanyakkan mereka ibu berkerjaya...

Nota kaki: Menyusu bayi nampak mudah tapi ia perlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Fikir positif, insyaAllah...
 

May 6, 2011

Salam terakhir

Salam semua...

Hari terakhir saya kat sini....

Mode: Sedih

Sebelum ke sini banyak betul scary things yang saya dengar...

But, its not that bad when you're in it

Saya rasa sangat rapat dengan mereka semua

macam adik beradik
kongsi suka duka
makan sama-sama
tolong menolong
apa yang penting kerjasama!

selepas ini balik ke hospital asal...

dipisahkan oleh bulatan pahang..

salam terakhir...cewah=)

Notakaki: Rasa sangat ralat nak tinggalkan tempat kerja yang best dengan kawan-kawan yang best , tapi hidup mesti diteruskan
Haha..^_^