Yeayy…
Cuti sekolah dah datang…
Somehow kalau cuti sekolah saya pulak yang melebih…kelakar pulak, padahal bukan saya cuti pun, citt..nak ambil cuti dah tak sempat, lagipun orang lain telah terlebih dulu apply cuti, jadi kerja je la..
Sempena cuti2 Malaysia ni ingat nak bawa anak2 jalan2,tapi takde idea la nak pi mana?ada cadangan?mak saya pulak nak balik kampong esok,huhu..harunya sebab kena pikir semula nak masak lauk apa balik keja kang..selalu kalau mak saya ada, lenggang kangkung je la biasanya “mem” ni, tinggal makan je..tapi jangan salah paham pulak ye, saya tak pernah suruh mak saya masak, dia yang nak masak, jadi bila saya balik keja dia dah siap masak pun, dia pun boring dok umah takde buat apa, masakla keja nya…Terima kasih mak!Lebiu…
Time cuti ni la, en hubby boleh melayan little caliphs dua orang tu…hai, baba pandai layan anak, kadang boleh main gomol2, geletek2 ngan diaorang sampai berjam!Masa cuti jela selalu nak mengeratkan hubungan kasih sayang, yelah, time kerja, balik dah penat, anak-anak pun tak terlayan..
Cerita pasal kasih sayang, teringat 2 hari lepas kejadian kat klinik..
Ada sorang pakcik ni, sakit Diabetes Mellitus atau orang biasa cakap Kencing Manis, dia datang klinik sebab dia ada sakit Tuberculosis atau batuk kering tu(saya pun tak paham dari mana datangnya bahasa batuk kering ni, pdhal kebanyakan pesakit memang ada kahak, hehe). Dia dah dapat rawatan untuk TB ni dalam 2 bulan camtula, so datang untuk follow up.
The moment dia masuk, saya dah tak sedap hati. Dia disorong dengan kerusi roda oleh menantunya dan isteri dia folo belakang.menantu dalam lingkungan umur 30an dan isteri pula dalam 50an. Bila dah masuk tu, dua orang yang kononnya ahli keluarga ni duduk jauh2 Dri pakcik ni. Mungkin sebab ada bau..Nak tau bau apa?Nak tau apa saya nampak?Ala, tak boleh ambil gambar pulak tapi serius saya nampak kaki kiri dia berbandage, nampak sangaaaaaaaaaaat la kotor tau!Bayangkan bandage yang warnanya sepatutnya kuning2 air tu dah jadi coklat kehitaman!Dia cakap dia baru keluar wad sebab diabetic foot (kaki berkudis sebab kencing manis) dan last dia dressing kaki dia 2 hari sebelum jumpa saya. Saya toleh isteri dia, makcik, tak cuci ke, dengan sengih2 terkulat-kulat, oh, tak…Makan ubat tak pakcik?Oh, ada doctor bagi antibiotic, dah makan..macam tak percaya je pakcik ni..
Habis bersoal jawab pasal kaki, saya minta buku TB dia. Saya check, dia tak tulis dan record pun dalam buku tu whether dia makan ubat ke tak. Saya tanya, pakcik makan ubat TB tak?Eh, makan, hari2 saya makan doctor..habis tu, tak tulis? Saya lupa tulis…Tapi, pakcik tak sepatutnya tulis, biasanya orng yang tengok pakcik makan ubat kena tulis dan sign, baru kita tahu betul ke tidak pakcik makan…terus saya toleh kat isteri dia, makcik, tak tolong sign ke?nampak tak pakcik makan ubat?terkulat-kulat lagi muka bini dia..pakcik, ubat kena makan hari2, tak boleh tinggal, TB ni berjangkit tau..pastu, pakcik kena suruh makcik atau anak2 sign buku tu, baru kita percaya pakcik makan, lainla kalau pakcik tinggal sorang..tak pepasal saya membebel panjang kat pakcik tu..menantu dia langsung senyap je
Lepas membebel tu, saya bagi slip dressing untuk pakcik tu dressing kaki dia kat bilik rawatan..sedihla saya tengok kaki dah berkudis macam tu, bernanah, tap bini boleh buat derk je…ke, diaorang ni ada masalah rumahtangga, wallahua’lam, yang pasti saya nampak yang dia macam tak care je dengan suami dia dan pakcik tu pun macam tak sayang je badan dia sendiri…
Cuba bayangkan ayah kita, ke mak ke yang macam tu, tak ke sedih kalau macam takde orang nak care pasal dia, having said that, memang ada orang yang begitu…mata celik, tapi hati buta, penglihatan terang tapi jiwa kabur..
Ok, sudahla membebel , macam dah terlebih je emo saya ek..
Selamat berhujung minggu!Dan, selamat berkasih sayang!Peace no war..=)
Semoga nasib kita tidak seburuk nasib Pakcik tu.
ReplyDeleteApa2 pun, tentang percutian... I pun tgh mencari2 idea percutian ni... tak dpt keputusan lg sampai skrg.
Samalah macam makcik terlebih suka kalau cuti sekolah.dapat relax lebih.tak payah bangun pagi sangat hantar Firdaus.Selamat bercuti.
ReplyDeletediyana mmg sukeeeee...walaupun ade kelas tambahan kene ajar cuti ni..apapun, masa brsama anak2 byk cuti ni.;)
ReplyDelete@MM
ReplyDeletetula,minta dijauhkan..
nak jalan jauh2 takboleh sebab my hubby je yg cuti, nampak gaya mcm takkemana je..hehe..
@CikIna
ReplyDeletebestkan, boleh bangun lambat sikit..selamat bercuti2 makcik=)
@diyana
ReplyDeleteitulah pengorbanan guru kan, cuti2 pun kena kerja juga, selamat bercuti diyana