Pages

March 30, 2011

Saya pun ibusinga

Salam dan bismillah...

Lately ni Mikael makin pandai bercakap...Cakap macam orang tua orang dewasa.

Ada je perkataan -perkataan dia yang sometimes saya rasa saya tak pernah pulak cakap depan dia. Mungkin sebab dia bestfriend dengan mama Sri a.k.a bibik dia

Semalam tengah-tengah nak masuk maghrib saya masih depan TV patut waktu ni saya dah pakai telekung. Waktu dia dengar azan kat surau sebelah, terus dia cakap...

"Ma, dah bang, solat ma..."

"Ok, mama solat...abang dah solat belum?"

"Dah, pukul 3 tadi..."




Tergelak-gelak saya dengar jawapan dia..bercakap bukan main lagi

Kadang saya selalu menyinga dengan Mikael sebab sometimes dia selalu buat something yang boleh increase temperature saya, he can be so cranky at times and throw his tantrum yang boleh buat sesiapa pun bengang...kadang sabar juga tapi sabar saya ber threshold rendah maka jadilah saya ibu singa... pinjam nama dr singa ek..

Tapi selalu lepas saya menyinga dengan dia, saya menyesal sebab saya tahu he is just a small children...saya yang perlu kawal emo saya..selalu menyesal bila time tengok dia tengah tidur, Ya Allah...anak ini amanah Allah pada saya tapi saya yang gagal mengawal kesingaan saya.


Ada satu hari tu, Mikael suruh saya sapu minyak Yuyi kat perut dia.

"Ma, abang sakit perut.., sapu minyak Yuyi ma..."

"Ala kesiannya, tula banyak sangat makan aiskrim taknak makan nasi kan dah sakit perut.."saya bersyarah membebel sambil ambil minyak Yuyi

Waktu tengah sapu kat perut dia, dia sengaja kembung-kembungkan perut dia sambil kawer kawer(maksudnya ketawa)

Sambil urut2 perut dia, "Perut abang kembung ni kenapa? Ada baby ye?"

"Haah, ada baby"

"Ooooo...ada baby, berapa bulan?"


"3 bulan..."sengih-sengih kerang busuk dia sebab dia tahu dia tengah melawak kununya, pandai gak buat lawak si Mikael nih..hehe...

Saya gelak tak hengat masa dia kata 3 bulan tu...dia selalu suka nombor 3 lately mungkin sebab saya selalu bgtahu dia yang umur dia dah 3 tahun...

Satu lagi biasa kalau saya nak pergi shopping groceries saya akan tulis dulu kat rough paper. Selalu saya akan tanya Sri barang dapur apa yang takda.

Mikael akan menyampuk dan sibuk nak bagitahu juga barang-barang apa nak beli..

Dia akan cakap...ikan bilis, kicap, cos(sos), sayur, roti, ayam...dan macam-macam lagi nama barang yang dia tahu..

Itulah Mikael, selalu saya menyinga dengan dia tapi dia selalu menghiburkan hati saya....Dia ialah abang yang baik, sebab walaupun dia selalu usik dan buli gigit adik dia tapi dia sayangkan adik dia

Semalam waktu adik Muaz tidur petang, saya dah balik kerja time tu dan adik Muaz tidur dalam buai, dia dengar adik Muaz menangis dan cepat-cepat pergi kat buai dan buai adik dia...Rasa macam, wah, sayang juga dia kat adik...


 Mikael tengah di suap kuih seri muka oleh mama Sri dia..


Notakaki: Mesti Mikael akan tersenyum bila baca entri ini bila dah dewasa nanti...

March 29, 2011

Cheese tart tempah penyakit

Salam dan bismillah...

Seperti yang diwar-warkan dalam entri yang sebelum ini, saya telah pun berjaya mengetartkan cheese yang dah nak nak hampir merajuk kat dalam peti sejuk tu..nasib baik dia tak meluputkan tarikhnya lagi kalau tak tong sampahla perginya..

As amatuer, inilah first time saya buat cheese tart. So, haruslah tak berapa nak menjadi kan(seperti biasa..kihkihkih..)Actually bukan tak berapa menjadi tapi cuma ada sedikit kesilapan teknikal dimana saya telah terlebih bubuh gula dalam adunan pastri menyebabkan pastri tart saya jadi manis macam kukis. Sepatutnya pastri tart tak boleh terlalu manis sebab filling dah manis. Sebab tu saya gelarkan cheese tart saya tempah penyakit. Untuk mengcover kemanisan cheese tart itu kununnya saya minum air kosong banyak2.


Resepi cheese tart banyak versi saya jumpa. Actually yang satu ni saya ambil dari yani@myresepi. Cuma, saya ada modified and  make a renovation besar-besaran...jangan marah yerk yani. Sukahati je ek..Resepi asal ialah mango cheese tart, tapi saya takda buah mango jadi saya bagi nama cheese tart strawberi sebab letak strawberi filling..hehe...Resepinya cnp dari yani. Thanks yer=)


 cheese tart tempah penyakit saya...tak berapa cantikla, tapi yang penting sedap je..cuma manis terlebih...

Resepi mango cheese tart(modified by ladysirna to strawberi cheese tart)


-Walnut crust-
1/2 cawan gula(ini resepi asal---but to me it is too sweet, saya suggest kurangkan ke 1/4 cawan)
100g mentega(potong kecil-kecil)
1 cawan tepung gandum(saya letak 1cawan setengah)
2/3 cawan walnut
-Filling-
250g philadepia cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula
beberapa titik esen vanila
1 tin mango( boleh ganti dengan peach/apricot)--tak letak langsung sebab tak beli


Cara-cara:
1)Panaskan oven ke 200degree
2)Sapu butter pada seluruh acuan tart
3)Make a crust. Masukkan gula dan tepung ke dalam food processor.Mix. Masukkan butter, mix again.
4)Masukkan wulnut mix jadi macam serbuk roti. Ambik 1/2 cawan dan letak ke tepi untuk ditabur kat atas. Selebihnya masukkan ke dalam acuan dan tekan dengan jari pada bawah dan tepi acuan bagi serata. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat(tip dr tuan asal resepi)--saya tak buat gini, semuanya saya jadikan pastri sebab saya tak letak mango tadi, rasa cam pelik pulak kalau tetiba takda buah tapi ada cam crumble pastri kat atas dia...
5)Make a filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali buah ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Kemudian curah ke atas crust tadi.
6)Aturkan mango yang dipotong memanjang ke atas cream tadi--tak buat
7)Kemudian tabur dengan doh yang disimpan tadi--tak buat juga
8)Hiaskan dengan strawberi filling(ini saya memandai letak..)
9)Bakar dalam api 220C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit.
10)Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.


Cheese tart tu buat 2 versi, versi kecik dan besar..pst..walaupun manis, telah berjaya dihabiskan oleh kami sekeluarga harini...Pasni nak cuba buat lagi, cuba resepi lain pula..tak puas pulak rasanya..


Nota kaki: En hubby selalu bising bila saya buat kuih manis2, tapi dia akan makan juga..hehe

March 28, 2011

Mari meriahkan gathering

Salam dan bismillah...


Semalam blogwalking nampak di blog Farah Farhan..wanita yang saya kagumi..


Rasanya tak terlewat lagi untuk saya promote ni...Ehem, ehem...


PENGUMUMAN...KEPADA SEMUA IBU-IBU KHASNYA...


BREASTFEEDING GATHERING 2011 WITH MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Akan diadakan pada 24 April 2011 ini...

Ada macam-macam acara yang dah dirancang dan seramai 300 ibu akan menyusukan bayi mereka serentak dan akan dicatat dalam Malaysia Book of Record!Wah...mantapnya program Pn Farah ni... 

Berminat?Sila zass ke website Farah farhan @sarakids.com...

Penyusuan susu ibu...


Satu topik yang nampak mudah tapi sebenarnya sukar dilaksanakan


lebih-lebih lagi dalam dunia serba mencabar dan kebanyakan ibu bekerjaya


Indahnya susu ibu hingga dinyatakan dalam Al-Quran


Jomlah kita daftar ramai-ramai..meriahkan program ni..semua boleh datang ok...


Kalau anda bakal ibu, ibu, tak kisahla anda pernah menyusukan bayi atau tidak marilah kita sokong program ini, boleh kita semua jumpa kan..berkongsi cerita, berkongsi rasa dan pengalaman...wah, syoknyer...


Tak sabar nak jumpa ibu-ibu lain...300 orang akan menyusukan serentak!Sungguh teruja!

March 27, 2011

Misi hari ini

Salam dan bismillah....

Setelah berjaya memadamkan lampu-lampu malam tadi dengan keluar dari rumah, tapi dengan keciwanya balik sebab saya tengok ramai lagi orang-orang tak menyokong earth hour ni...
Tak ramai yang tutup lampu..ramai tak tutup lampu tu especially kat kedai-kedai la

Mungkin saya tak faham sebab diaorang ada bisnes kan..takkanla kat kedai mamak tengah syok-syok makan tosei tiba-tiba ko kena padam lampu kan?
Macam tak berapa nak masuk akal la..
Tapi, saya rasa kita wajar dan patut perluaskan lagi kempen ni, bila semua orang bekerjasama tiada yang mustahil kan?


Sekadar short update di pagi ni, pagi yg dah nak masuk tengahari..haha..


Jamu mata la yek...


Sarapan kami sekeluarga pagi ni...mengancam tak teh tarik saya?haha...


Misi hari ni..

bersenang lenang dan mengular-ular dirumah

main masak-masak

nak buat cis tart..dah lama beli cis krim kat esbok tu...buatnya tak juga...

Selamat Hari Ahad..

March 26, 2011

Kenapa LadyGaga tak puas hati?

Salam dan bismillah...

Saya ni jarang nak tulis pasal artis. Saya akan tulis kalau 2 sebab je.

SUKA ATAU TAK SUKA



Sorila, kalau ada peminat LadyGaga yang baca sebab harini saya nak membebel pasal dia. Ini blog saya, so kalau tak suka, sila tekan pangkah disebelah kanan screen anda ye.

Bukan apa, bukanla saya ni anti LadyGaga, ada juga lagu2 dia yang best
Cuma tak berkenan la dengan stail dia tu...hm...tau jelakan...

Arini dalam Mstar online dia tak puas hati dengan Malaysia sebab sunting lagu dia..

Saya sokong lagu dia disunting...

Korang tengok jela lirik lagu "Born This Way" dia ni...

"'No matter gay, straight or bi, lesbian trans gendered life, you were born this way.' (Tidak kiralah sama ada gay, insan normal atau biseksual, lesbian atau kehidupan mak nyah, anda dilahirkan seperti itu).

Sentap tak?So, wajarla lirik itu disunting...budak kecik tak elok dengar okay...

Sebab lirik dia memangla tak sesuai dengan budaya ketimuran, dan norma kebiasaan manusia. Menci tau!

Nak tahu lebih lanjut boleh baca Mstar online ye....


*picture kredit to google*

Jom sokong Earth Hour..Hari ini jam 8.30pm

Salam dan bismillah...




Hari ini seluruh dunia akan menyambut Earth Hour  tepat jam 8.30malam waktu tempatan...

Marilah kita semua menyokong kempen Earth Hour ni sebab:

#Dah banyak sangat kejadian-kejadian dan malapetaka yang terjadi kat bumi kita yang dah makin tua ni, tengok saja pada gempa bumi di Christcurch, New Zealand dan tsunami di Sendai, Jepun baru-baru ini...

#Bumi kita tiada galang gantinya, kalau bumi kita dah makin panas tahap maksima, kat mana lagi kita nak tinggal?Takkan kita nak berhijrah tinggal kat Marikh pulak kan...Marikh lagi la climate tak sesuai untuk manusia..

#Kita ni iaitu manusia yang ditugaskan sebagai khalifah Allah kat muka bumi ni, kalau bukan kita yang menjaga bumi ini siapa lagi?Kita tak boleh harap robot atau mesin buat semua tu kan...


Earth Hour ni dah disambut sejak dari 2009 lagi. Dan saya memang tak pernah ketinggalan menyokong kempen ni dari 2009 lagi. Ia dianjurkan oleh WWF. Anda boleh rujuk kat SINI untuk maklumat lanjut tentang Earth Hour.

Jomla sokong...tepat jam 8.30malam ni selama 60minit, mari kita semua padam lampu, tutup suis elektrik, dan sesiapa yang guna komputer tu tolong tutup ye..kecuali kalau anda dah charge laptop terlebih dulu...

Dan, jangan sampai disitu saja, teruskan usaha kita menyokong dari pemanasan global terus berlaku dengan mengurangkan dan menjimatkan elektrik selalu. Kalau tak perlu guna jangan guna. Kalau keluar dari sesuatu ruang tu, padamkanlah lampu jika tiada orang kat situ..kita boleh mengubahnya kan?Jimat elektrik, jimat juga la bil bulanan kita..Ok, selamat menyokong Earth Hour!

Sila klik banner di atas untuk menyokong ya!

March 25, 2011

Cara lapuk bunuh diri

Salam dan bismillah...

Nak tergelak pun ya, nak marah pun ya, rasa bengang pun ya jugak

Tapi perasaan lebih pada kesian dan gusar dengan sesetengah remaja masa kini

Tengok ni....
.
.
.
.
.
.

*sumber: Mstar online*

Lokasi: Kat KB Mall Kota Bharu...tengok kulit, sah budak Melayu
Islam ke tak, wallahu'alam...
Malulah...kaumku sendiri
Apasal la kau buat macam ni dik?


Kalau nak m*** sangat, buatla cara lain, pastu jangan buat siang-siang supaya tak nampak macam nak minta perhatian, cubala bawak kereta laju2 langgar tembok ke...haha, barulah cepat sikit kan..haisshhh, ni dah membebel macam mak nenek ni


Gusar kan tengok sesetengah orang yang berfikiran singkat macam ni?Ingat bila mati habis camtu je ke?
Tak fikirke kat kubur nanti camana?
Kat akhirat?

Ya Allah, jauhkanlah anak cucu ku dari membinasakan diri mereka sendiri...
Moga Allah ampunkan dosa kita semua, Amin...

Tunaikan kewajipan anda...Bayar cukai sebelum terlambat..

Salam dan bismillah...

Alhamdulillah, dah sampai jumaat lagi
Biasa kalau jumaat je semua tempat macam cool je...
Pastu time lunch hour mula sesak sebab ramai orang keluar, balik rumah, jalan-jalan cari makan, dan untuk orang yang dah kahwin, inilah masa nak berjimba-jimba dengan kawan-kawan sekerja

Tapi, dikeheningan aircond yg sejuk ni, saya disini tak keluar-keluar lagi
Rancangnya nak balik rumah sekejap lagi
Sebenarnya baru lepas settlekan e-filling untuk cukai last year
Yang seronoknya, saya tak perlu tambah bayaran cukai
malah dapat pulangan balik beb...yeayy...rezeki Jumaat
Tak percaya?Meh, nak tunjuk bukti....


262.54 hengget tu..sapa nak bagi kan?
Cara saya kurangkan bayar cukai?
Saya memang ada beli buku untuk Mikael yang kena bayar tiap-tiap bulan, pastu buku untuk diri saya sendiri pun ada, lagi satu bayaran untuk exam yang saya ambil last year...sebab tula banyak kurangnya, siap terlebih bayar lagi..hehe, suka mak...

Anda dah tunaikan tanggungjawab?Siapa belum klik SINI untuk ke laman web LHDN...

March 24, 2011

Nasi goreng kampung dan merepek meraban

Salam dan bismillah...


Kadang pernah duduk depan lappy lama-lama tapi tak tau nak taip apa
Sebenarnya idea banyak tapi rasa macam semua nak taip
Last-last tak tertaip juga
Pastu bila tak taip dah jadi basi idea tu dan dah macam tak relevan nak ditaip


Pernah juga idea datang mencurah-curah
Macam air melimpah tak sempat nak tadah
Paham-paham jela bila dah gitu

Ada orang boleh update blog sampai berpuluh kali satu hari
Follower pun ramai sebab selalu update
Trafik mencanak kata orang
Memang saya kagum dengan blogger yang begini
Orang kerja sepenuh masa macam saya memangla tak boleh menghadap blog setiap masa
Kerja saya tetap keutamaan saya
Trafik memangla bukan misi saya
Berblog untuk suka-suka, tolong jangan salah faham ya dengan saya.
Memang niat saya berblog pada awalnya untuk berkongsi rasa, berkongsi cerita dan berkongsi asam garam kehidupan saya...

Letak nuffnang tu pun sebab ikut-ikut orang
Duit nuffnang baru 5hengget...percayalah...hahaha
Tapi serius, saya suka blogging, blogwalking...baca penulisan orang lain
buat cerminan diri sendiri dan juga panduan
dari blogger lain juga banyak dapat tips berkeluarga,tentang anak-anak diaorang, tengok orang lain masak apa, cuba-cuba resepi baru dan tengok gambar-gambar yang indah-indah...
saya rasa gembira bila blogger lain gembira sebab saya anggap blogger-blogger lain macam kawan saya walau kebanyakkannya tak pernah bersua muka

Saya pun tulis blog untuk cerita tentang diri saya, family, anak-anak
Hal kerja, resepi...semualah..
Rasa macam rugi kalau sesuatu detik yang indah tu tak di taip, dipenakan...cewah...dan bila baca semula kadang ada rasa menyesal juga tapi selalunya senyum tak sudah
Alhamdulillah ada orang baca...terima kasih ya!

Sorilah korang, saya dah merepek meraban
Terlebih dos makan nasi goreng kampung tadi
Lately ni saya perasan saya tak boleh makan benda pedas sangat macam dulu-dulu
Saya hantu pedas..tapi sekarang bila makan pedas mesti macam rasa burning jek...
Gastritis atau ageing?Haha..saya rasa jawapan yang kedua...

March 23, 2011

Bibik....oh...bibik...

Salam dan bismillah....

Nama dia Sri Yunani
Dah berumur lebih 40an
Orangnya rajin
Kami semua panggil bibik…dia tak kisah, pernah juga panggil nama tapi rasa tak best

Bulan 5 ni habislah kontrak dia
Dia nak sambung tapi dia juga punya suami, punya anak, dan juga punya cucu!
Budak-budak manja sangat dengan dia
Dia tak pernah marah, sebab tu kadang abang naik tocang
Tak perlu suruh dia buat
Tak minta tapi dia sentiasa ingin tolong
Terlebih rajin pun ada

Kadang rasa cemburu
Bila budak2 asyik nak berkepit dengan dia
Satu kelebihan dia yang tak boleh lawan
Pandai kendong anak pakai kain batik lepas
Saya?Haha..tak pandai…
Cuma dia kadang blur sikit…pernah saya beli susu segar
Dia ingat sabun basuh, susu segar diletak di tepi mesin basuh
Memang tak boleh lupa, nak marah pun tak boleh…gelak besar jela





Adik Muaz dijaga dari lahir..sekarang adik Muaz dah pandai jalan
Waktu saya oncall(berjaga di Hospital 24jam)
Adik Muaz akan tidur dengannya
Adik Muaz masih susu badan…bayangkan dia perlu bangun setiap 2 jam panaskan susu, dan susukan adik Muaz sebab adik tak pandai pegang botol sendiri,dan juga bahaya biar anak kecil hisap botol sendiri
Mikael pun manja dengannya
Tidurnya tak pernah lena…Kadang saya pulang esoknya nampak mata dia lebam…

Pernah tanya Mikael
“Abang saya mama ke baba?”
“Sayang bibik”….selamba je dia jawab…

Saya juga jadi pemalas sejak dia ada
Pusing juga nih..

Macamana la nanti budak2 tu, they will miss their bibik…so do I…

March 19, 2011

Death!By Chocholate Cake

Salam dan bismilllah.....

Hai semua...


Tak habis lagi saya dengan sambutan harijadi 2 M saya. Jangan muntah la baca entry pasal harijadi jek..tapi kali ni entry pasal kek harijadi yang saya buat. Dah lama berangan nak buat kek ni. Nama dia death by chocolate cake…haha, pakar memasak biasala dengar nama ni, tapi untuk orang amateur cam saya ni, wah, nama tu memang marvellous beb..tak tau plak sejarah macamana diaorang bg nama kek ni cam gini…apapun rasa dia memang the very the chocholatey,nyum nyum…

Kami sambut besday 2 hero tu hari sabtu lepas. Sambut anak beranak je seperti yang dirancang. Takda makan2 istimewa pun, just makan kek je sebab pagi tu saya ke Terminal Bersepadu Selatan hantar my mum balik kampung di Batu Pahat. Oh ye, sapa dah pernah sampai kat TBS ni?Besarla juga tempat dia, macam  ala-ala KLIA gitu, siap ada screen besar jadual perjalanan pergi dan balik. One thing saya suka about this new bus terminal ialah system pembelian tiket berkomputer dia. Memang bagusla sebab system dia centralised. So tak kirala apa bas kita nak naik kita boleh beli kat mana2 kaunter pun. Kaunter dia pun banyak juga. Pastu siap ada cam usher yang tolong bawa beg kalau misal kata orang tua tak larat nak jinjing beg berat2. Polis bantuan pun ada ramai untuk membantu and they are quite helpful.  So, kira bagusla. Tak crowded dan congested macam puduraya. Dapat tiket pukul 12 tengahari.  After dah lepaskan mak saya bersama usher tu(seriau juga lepaskan mak ai camtu tanpa tengok dia naik bas, biasanya saya hantar sampai  kat seat bas, tapi dia tak bagi org lain bizi body kat situ kecuali yg ada tiket je), saya pun bergegas la balik ke rumah…

Balik rumah, terus je memulakan sesi membaking kek. Masak tengahari ditaja oleh adik iparku..hehe, saya balik tu, dia dah tengah masak gulai tempoyak ayam.

Ikutkan hati saya memang nak masak2 best2 tapi memandangkan tak cukup masa , tempoyak pun best juga…tekak en hubby memang tekak asli orang Pahang, jadi kalau jumpa gulai tempoyak memang siap licin jilat jari…

Buat kek ni tak susah sebab baking cam biasa, cuma nak menunggu sejuk la baru boleh hias.. Dahla saya ni memang la tak kreatif langsung. Memang takda seni. Believe me, I got D for my subjek Pendidikan Seni masa Form 4. So, harusla saya tak berapa nak kreatif kan..hehe

Masalahnya si Mikael la, tak sabar2 nak makan kek, tak sempat saya nak boh toping dah sibuk suruh potong kek…jadilah sememeh sikit kek itu. Pastu cair sikit sebab tak sempat sejuk dah letak cream..Nasib rasa sedap..




Inilah rupa kek saya ya..malu sebenarnya nak tayang sebab tak cantik dan comot,kalau jual sure orang takkan beli..kihkih.. tapi bolehla untuk orang yang tak pernah pergi special class belajar makeup kek ni..yg penting rasanya walla, ala2 chocolate fudge secret recipe(perasan^_^)

Oh ya, resepi ni saya ambil dari   mrsdayat@My Resepi. Thanks mrsdayat...marvellous recipe ..Siapa nak tengok resepi boleh zass kat situ yek

Okla, selamat berhujung minggu...Senyum selalu:-)

March 16, 2011

Teringinnya...

Salam dan bismillah...

Lambat pulak publish harini..asyik BW sampai lupa nak publish entry..ops, wordless okay=)

Satu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Dua...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dua dua mahal
Dua dua vogue
Dua dua yang kudambakan tapi belum dapat..

Mesti korang gelakkan saya..korang dah ada kan?kan?kan?Jelesnya..hehe:P

Motif entry ini: Minta-minta En Hubby baca entry ini...ada udang disebalik mee

*picture kredit to google*

March 15, 2011

Fitnah

Salam dan bismillah...

Baru-baru ni, bestie saya masa zaman belajar di U kehilangan satu-satunya adik lelaki beliau dalam satu kemalangan. Kami semua terkejut sangat. Tapi itulah, Kun Faya Kun...Ajal maut semuanya di tanganNya. Adik nya terlibat dalam kemalangan dan mengalami head injury dan multiple injury. Yang menyedihkan, akhbar akhbar utama kebanyakan melaporkan yang adik my friend tu mat rempit...dan seolah-olah arwah yang bersalah. Tapi, hakikatnya, arwah memang tak bersalah sebab dia bukan dilorong yang salah, dia juga tidak memandu dengan laju tapi cara akhbar melaporkan tu memang langsung tak betul!Siap cakap arwah tu mat rempit tu yang membuat keluarga arwah dan kawan2 yang mengenali arwah berang. Ya Allah, mereka yang tulis tu fikir semua remaja naik motor tu merempit je ke kerjanya?Saya juga memang kenal sangat dengan arwah sebab baik ngan kakak dia. Dia memang bukan mat rempit. Memang arwah budak baik, sebab tu Allah jemput dia dulu..

Hish, geram la, kadang tu yang malas nak baca paper. Ada setengah berita dimanipulasikan dan disensasikan.Bukankah bila sesuatu dilaporkan tak betul tu dah jadi macam fitnah.

Ingat dulu Ustaz pernah bagitahu saya...

Dosa fitnah lebih keji dari membunuh...

Walaupun kuasa menulis dan melapor ditangan mereka , tapi mereka tak boleh sewenang-wenangnya melaporkan perkara yang tak betul

Tapi, having said that, saya tak kata semua reporter macam tu, cuma ada certain yang dapat je story terus je tulis tanpa betul2 selidiki kebenaran kes...Mereka perlulah pastikan kesahihan berita dulu baru tulis. Bukan hentam keromo je!

Pernah tak sesiapa atau orang terdekat anda  alami situasi ni?

Ya Allah, tenanglah arwah adik kawan saya di sana...Al-Fatihah..

March 14, 2011

Akhirnya Datuk Lee tumpaskan Lin Dan

Salam dan bismillah...


Pagi ni rasa gembira pulak..Yelah, walaupun saya bukan peminat fanatik sukan, tapi kalau bab Datuk Lee Chong Wei memang suka sesangat..Akhirnya setelah sekian lama dia tak tewaskan Lin Dan, awal pagi tadi dia dah membuktikan yang dia memang jaguh badminton nombor satu dunia! Yeayy...suka sangat...


Beliau menang ke atas Lin Dan dalam perlawanan akhir All England dengan 21-17,21-17  dalam masa 52 minit je ok...


Sebenarnya saya tak tengok ya puan-puan,awal2 tu dah frust sebab tengok beregu Tan dan Koo kalah dengan Denmark, so berharap nak tengok Datuk Lee la,  huhu...tu satu yg buat frust sebab saya tertidur awal semasa menidurkan  dua hero Malaya tu..tu yg pagi2 ni bangun terus check paper online dan rasa yg amat gembira  bila tau Datuk Lee mengalahkan "musuh ketat" dia...Cayalah Datuk!


Buat Datuk Lee, Tahniah!Keep it up...Malaysia Boleh!!

March 12, 2011

Harijadi Mikael pulak!

Salam dan bismillah...


Hari ni harijadi Mikael pulak…

So…Mikael pulak take over yek=)


Memang “busy” la mama bulan 3 ni, birthday anak2 dia la katakan…

Mama kata nak buat besday party aritu, tapi baba cakap tak payah, budak2 pun kecik lagi, lain kali aja buat, kita sambut satu family je..mama pun okla, walau dalam hati mama teringin nak wat majlis harijadi jemput kawan2 mama dtg umah, so, lain kalila yek..

Syukurlah, umur abang dah masuk TIGA tahun hari ini…

Dah makin besar dan dah ada adik pun

Kadang abang ni kuat cemburu juga tau, lagi2 bila tengok adik Muaz asyik berkepit je dengan mama. Abang jealous ok…Tapi, abang faham adik kecil lagi, jadi mama bagi perhatian lebih sikit pada adik..abang sebenarnya patut rasa bertuah sebab abang anak first..

Semuanya abang dapat yang baru, abang takda pakai barang “second hand”, masa abang baru lahir 3 tahun lepas, semua barang baru…baju baru, tilam baru, katil baru, lampin baru, mainan baru, stroller baru, besen mandi baru, pendek kata semua barulah…even sampai sekarang pun abang dapat semua baru especially baju..tak macam adik, adik pakai barang “second hand”, tilam abang, katil abang, baju abang yang masih cantik dan tak lusuh, besen mandi abang…jadi, patutla abang rasa bertuah kan?


                                      3 years ago..abang Mika hot from oven...

Abang anak pertama..jadi abang mesti jadi pelindung adik adik..eh..ops, adik..mama jangan la mengandung  dulu lagi sebab abang kesian kat mama nanti penat,lgpun adik kan kecik lagi, hehe..

Mama kata, bersalinkan abang susah sikit dari bersalinkan adik. Mama sakit lama sikit..Tapi satu persamaan abang dan adik, kami dua-dua lahir waktu pagi, adik lahir pukul 04:50pagi dan abang lahir pukul 07:21pagi…Kata orang tua lahir pagi ni hati sejuk eh?Entahla…

Abang ada satu rahsia nak bagitahu, tapi abang malula..abang segan sangat tapi abang nak bagitahu juga..abangkan…still pakai diaper lagi!

Mama dah try potty trainkan abang, tapi abang tak reti lagila nak tahu bila abang betul2 boleh nak pergi toilet, setiap kali abang rasa nak terkencing, abang terus kencing, pernah mama tak pakaikan abang diaper tapi abang terkencing, huhu…berak pun sama, mama selalu bising sebab banyak kali mama bagitahu abang kalau nak berak bagitahu tapi entahla, susahla abang nak control bowel opening abang..abang harap tak lama lagi abang boleh diaper free, malula…abang kan dah besar..tahun depan mama nak anta pegi tadika..takkan abang nak pakai diaper kut, mama doakan abang ye cepat2 diaper free..sekarang pun abang dah latih diri waktu siang hari, malam jela yang susah sikit…

Abang ni hyper sikit..tapi mama kata abang normal, Cuma kadang mama dan baba tension juga tengok perangai abang yg aktif..abang bukan degil, abang tengah belajar meneroka dunia, maafkan abang mama, kadang2 abang misbehave bila keluar rumah, kadang kat rumah pun abang selalu buat mama marah..sepahkan buku, main make-up mama, main netbook mama(sapa suruh mama tak letak tinggi2), main suis elektrik(mama suka jerit tau!), main buka tutup peti sejuk, main remote TV..hai, banyak lagila aktiviti harian abang…pendek kata abang tak pernah boring duduk rumah

Mulut abang, boleh tahan juga becoknya, tapi bukan semua benda abang nak cakap, abang suka tanya, kenapa ni, kenapa tu, abang just curious, nak tahu semua benda…tu saja

Tapi, kalau keluar, abang malu juga tau kalau jumpa orang, abang pendiam dengan orang tak kenal, tapi bila dah kenal, jawabla..macam2 abang boleh buat topic berborak, hehe, peramah tau..

Abang so far, dah pandai kira 1-10, bolehlah baca ABC sikit2, abang tahu it takes time, mama kata budak2 tak sama,mama tak suka bandingkan abang dengan budak lain, jangan dipaksa sangat, skills will naturally develop, but need regular training, cewah…mama pun dulu belajar ABC bila dah masuk darjah satu, tadika pun tak pegi..jadi, abang belajar pelahan-lahan la..insyaAllah..

Makanan kegemaran abang…biskut oreo ngan pisang. Abang tak makan nasik pun kalau ada oreo dah lega..Abang kurang suka makanan barat, kalau mama masak spageti, mesti abang nak nasi juga, paling abang suka nasi goreng . Satu lagi, abang kuat makan pedas tau..mama selalu buat sambal hitam(sambal tradisi orang Pahang), pedas tu,tapi abang tak panggil sambal hitam, abang panggil asam pedas(sebab abang rasa semua benda pedas wajib ada perkataan asam pedas..boleh gitu?) abang terror tau makan, tapi siapla berpeluh-peluh bila makan..

Abang still minum susu lagi,tapi susu lembula, abang susu badan 1 tahun 3 bulan je.. mama banyak kali nak ajar abang minum susu kat sippy cup dan cawan tapi abang still rasa minum dari botol yg best…kalau nanny 911 tengok ni, mau kena lecture mama ngan abang, nanny 911 tak suka tau budak minum susu pakai botol..hehe..nak wat camana, abang suka, tapi abang promise, nanti dah besar sikit abang tak pakai botol dah..ok…

Penat juga berblogging ni, okla, abang nak sambung tengok Word World..best tau, belajar spelling..

Sampai ketemu lagi…dari abang Mika yang macho tapi cepet, daa…:P

March 11, 2011

Cuti sekolah datang lagi!

Salam dan bismillah...



Yeayy…
Cuti sekolah dah datang…
Somehow kalau cuti sekolah saya pulak yang melebih…kelakar pulak, padahal bukan saya cuti pun, citt..nak ambil cuti dah tak sempat, lagipun orang lain telah terlebih dulu apply cuti, jadi kerja je la..

Sempena cuti2  Malaysia ni ingat nak bawa anak2 jalan2,tapi takde idea la nak pi mana?ada cadangan?mak saya pulak nak balik kampong esok,huhu..harunya sebab kena pikir semula nak masak lauk apa balik keja kang..selalu kalau mak saya ada, lenggang kangkung je la biasanya “mem” ni, tinggal makan je..tapi jangan salah paham pulak ye, saya tak pernah suruh mak saya masak, dia yang nak masak, jadi bila saya balik keja dia dah siap masak pun, dia pun boring dok umah takde buat apa, masakla keja nya…Terima  kasih mak!Lebiu…

Time cuti ni la, en hubby boleh melayan little caliphs dua orang tu…hai, baba pandai layan anak, kadang boleh main gomol2, geletek2 ngan diaorang sampai  berjam!Masa cuti jela selalu nak mengeratkan hubungan kasih sayang, yelah, time kerja, balik dah penat, anak-anak pun tak terlayan..

Cerita pasal kasih sayang, teringat 2 hari lepas kejadian kat klinik..
Ada sorang pakcik ni, sakit Diabetes Mellitus atau orang biasa cakap Kencing Manis, dia datang klinik sebab dia ada sakit Tuberculosis atau batuk kering tu(saya pun tak paham dari mana datangnya bahasa batuk kering ni, pdhal  kebanyakan pesakit memang ada kahak, hehe). Dia dah dapat rawatan untuk TB ni dalam 2 bulan camtula, so datang untuk follow up.

The moment dia masuk, saya dah tak sedap hati. Dia disorong dengan kerusi roda oleh menantunya dan isteri dia folo belakang.menantu dalam lingkungan umur 30an dan isteri pula dalam 50an. Bila dah masuk tu, dua orang yang kononnya ahli keluarga ni duduk jauh2 Dri pakcik ni. Mungkin sebab ada bau..Nak tau bau apa?Nak tau apa saya nampak?Ala, tak boleh ambil gambar pulak tapi serius saya nampak kaki kiri dia berbandage, nampak sangaaaaaaaaaaat la kotor tau!Bayangkan bandage yang warnanya sepatutnya kuning2 air tu dah jadi coklat kehitaman!Dia cakap dia baru keluar wad sebab diabetic foot (kaki berkudis sebab kencing manis) dan last dia dressing kaki dia 2 hari sebelum jumpa saya. Saya toleh isteri dia, makcik, tak cuci ke, dengan sengih2 terkulat-kulat, oh, tak…Makan ubat tak pakcik?Oh, ada doctor bagi antibiotic, dah makan..macam tak percaya je pakcik ni..

Habis bersoal jawab pasal kaki, saya minta buku TB dia. Saya check, dia tak tulis dan record pun dalam buku tu whether dia makan ubat ke tak. Saya tanya, pakcik makan ubat TB tak?Eh, makan, hari2 saya makan doctor..habis tu, tak tulis? Saya lupa tulis…Tapi, pakcik tak sepatutnya tulis, biasanya orng yang tengok pakcik makan ubat kena tulis dan sign, baru kita tahu betul ke tidak pakcik makan…terus saya toleh kat isteri dia, makcik, tak tolong sign ke?nampak tak pakcik makan ubat?terkulat-kulat lagi muka bini dia..pakcik, ubat kena makan hari2, tak boleh tinggal, TB ni berjangkit tau..pastu, pakcik kena suruh makcik atau anak2 sign buku tu, baru kita percaya pakcik makan, lainla kalau pakcik tinggal sorang..tak pepasal  saya membebel panjang kat pakcik tu..menantu dia langsung senyap je

Lepas membebel tu, saya bagi slip dressing untuk pakcik tu dressing kaki dia kat bilik rawatan..sedihla saya tengok kaki dah berkudis macam tu, bernanah, tap bini boleh buat derk je…ke, diaorang ni ada masalah rumahtangga, wallahua’lam, yang pasti saya nampak yang dia macam tak care je dengan suami dia dan pakcik tu pun macam tak sayang je badan dia sendiri…

Cuba bayangkan ayah kita, ke mak ke yang macam tu, tak ke sedih kalau macam takde orang nak care pasal dia, having said that, memang ada orang yang begitu…mata celik, tapi hati buta, penglihatan terang  tapi  jiwa kabur..

Ok, sudahla membebel , macam dah terlebih je emo saya ek..

Selamat berhujung minggu!Dan, selamat berkasih sayang!Peace no war..=)

March 10, 2011

Harijadi Muaz yang Pertama

Salam dan bismillah...


Hari ini…
Muaz take over ok…Mama “rehat” ye


Birthday Muaz hari ini ye auntie auntie dan uncle uncle , ada sesiapa sudi nak beri present kat Muaz, hehe..

Muaz  sudah SATU tahun..

Alhamdulillah, panjang usia Muaz, syukur pada Allah..

Sempena birthday Muaz ni, Muaz nak cerita sikit tentang diri Muaz, maklumla, bukan senang Muaz nak take over tempat Mama ni, asik mama je blogging, Muaz nak blogging jugak..



Satu tahun yang dulu, pada jam 04:50 pagi, tarikh yg sama hari ini, Mama telah melahirkan Muaz ke dunia ini
Nak tahu tak, mama sakit memang sekejap, tapi  sakit tu sangaaattla kuat, kalau nak tahu lebih lanjut macamana Muaz dilahirkan boleh tengok entry itu di sini dan juga di sini

                                                           *Muaz... hot from Oven*

Syukurla Muaz selamat dilahirkan walaupun tali pusat terbelit dileher Muaz

Sampai lebam biru pipi Muaz tau, nasib maintain hensem dan kacak
Auntie semua jangan la loya sebab Muaz suka puji diri sendiri

Banyakla kejadian yang berlaku selepas Muaz dilahirkan, antaranya Muaz kena jaundis, nasib baik Mama bawa Muaz gi spital, dokter letak Muaz bawah lampu biru..syok tu, hangat je rasa..

Muaz diberi susu ibu yang penuh tau, sampai sekarang Muaz tak pernah lagi minum susu lembu
Mama kata mama berazam susukan Muaz sampai at list Muaz 2 tahun, dulu masa abang Mika mama frust sebab abang Mika menyusu badan 1 tahun 3 bulan je pastu stop sebab mama dah mengandungkan Muaz, tapi mama ada campur susu lembu juga sebab mama masa tu dokter pelatih, biasala dokter pelatih selalu busy yang amat, nak makan pon tak sempat, jadi mama kurang perah, bila kurang perah kurangla susu juga. Sebab tu mama berazam nak bagi Muaz full BF sebab sekarang mama dah bukan dokter pelatih lagi, mama dah MO…kesian juga kat mama sebab mama kadang tak sempat nak perah sekerapnya, mama kena utamakan pesakit, tapi mama lari2 kejap dari kerja untuk pumping , nasib baik mama pakai FS Medela, mama boleh pump dalam 10min pun dah cukup...

Muaz dah pandai tatih sekarang, tapi Muaz sedikit takut nak jalan jauh2 lagi, paling tidak Muaz berani langkah 3-4 langkah je, tapi Muaz nak cuba lagi berlatih everyday untuk jalan, chayok2

Muaz pun sekarang ni makin becok tau. Muaz bukan apa, jealous la tengok org lain pandai cakap, sebab tu Muaz nak belajar cakap juga, Muaz dah pandai cakap: baa, mamma, adi, tata dan paling best Muaz boleh jerit macam abang Mika.

Makan? Start dari Muaz 10 bulan lagi mama dah bagi Muaz makan nasi, bosanla asyik makan bubur je, Muaz suka nasi dengan sup sayur dan ayam, buah pula Muaz suka makan epal dan pisang. Muaz memang kuat makan, sehari nasi makan 3 kali, buah sekali(buah pisang) pastu snack pula biskut, roti atau muffin. Sebab tu Muaz makin bam bam sekarang..hehe…

Hobi Muaz? Panjat grill pintu!!mama selalu menjerit bila Nampak Muaz panjat grill tu, Muaz bukan apa muaz tahu bahaya kalau jatuh tapi muaz dah pandai seimbangkan badan, Muaz nak train otot2 muaz ni…mama, janganla marah Muaz ye, Muaz kan sayang mama…

Lagi satu, Muaz paling suka part ni, main gomol gomol ngan abang Mika dan baba..best gila, baba suka geletek Muaz, jadi Muaz selalu gelak tak hengat…Hobi Muaz yang lain ialah koyakkan dan sepahkan buku dan majalah mama, yang ni pun mama suka jerit bila nampak Muaz buat, mama, janganlah jerit, Muaz nak latih diri baca buku dan, oo..barulah Muaz tahu, muaz ada skill koyakkan kertas tau! Hebat tak??

Hmm, penat juga Muaz nak bercerita pasal diri Muaz ni, okla, Muaz dah haus nak n***n

Okla, Muaz nak pergi cari mama..mama, mana mama ni?



March 9, 2011

Wordless wednesday: Susu ibu 364 hari

Salam  dan bismillah...

Pstt....esok...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Genap 365 hari


                                           tak semeriah dulu, tapi frozen EBM tetap ada, syukur...


                                             untuk esok...adik, perjuangan ini hampir 365 hari

Alhamdulillah....

Azam, fikir, lakukan..insyaAllah HASIL...

March 5, 2011

Sayang haiwan

Salam dan bismillah...

Semalam ada terbaca KOSMO tentang sorang wanita yang lagak macam lelaki mendera seekor kucing. Sungguh saya tak faham apa masalah perempuan ni. Siap ada yang Like MukaBuku dia selepas dia post video tu. Otak dah mereng kot , dah takda keja lain nak buat..

Psycho kan?Baru je seorang rakan ada cerita pada saya, eh, peraangai yang sama la...suka dera haiwan!Kejam tau, rakan saya ada hamster, 2 ekor tu bila dia balik tengok dah keras kejung. Rupanya, kena picit2 dan rendam dalam air oleh satu mahluk Tuhan ni. Apasal dia buat macam tu, rasa puas ke?Tak paham betul...Schizophrenic(penyakit psychiatry---agaknya dia dengar suara suruh dia bunuh hamster tuh)

Satu lagi benda kejam dia buat, dia boleh campak seekor dog dari atas ke lantai. Sampai fracture dog tuh, huh, memang mantap la skill mendera dia ni--dia yang saya maksudkan adalah orang yang bunuh hamster tuh diatas.

Sounds pelikkan? Tapi memang ada manusia macam ni. Mereka ni ada penyakit. Tapi tak da kesedaran. Kalau mereka boleh abuse haiwan, mereka juga boleh abuse manusia. Hai, minta jauhla...

Teringat juga dulu, masa kecik ada seorang manusia ni, dia pun kecik macam saya dalam umur 10 tahun kot masa tu. Dia ikat leher kucing tu dengan tali pastu dipusing-pusingkan kucing tu 360 darjah laju2. End up, kucing tu mati. pastu dia terus kena macam 'badi' kucing la,nampak kucing mcm nampak hantu. Saya rasa sampai sekarang kot dia masiih takut kucing.

Saya bukanla pencinta haiwan sangat, tapi suka juga tengok telatah haiwan. Dulu kecik kecik pernah bela 4 ekor kucing. Semuanya ada nama, saya masih ingat lagi nama mereka: MIMI, DIDI, BOBO dan CICI...hehe, diaorang ni unik sebab semua lain kaler, MIMI berbulu coklat kekuningan, DIDI pulak hitam, BOBO mix colour putih dan hitam, dan CICI kaler putih. Pastu ada satu hari, si BOBO ke DIDI yang hilang, tak tau mana pergi, saya sedih sangat...Itulah kawan sepermainan saya. Pastu tinggal la 3 ekor je. Last-last, bila saya dah masuk matrik, kucing dah takda, ada yang sakit pastu mati, dan yang lain hilang macam tu je.

Sampai sekarang tak pernah dah bela kucing. Teringin juga, tapi tak sesuai dengan keadaan. Tengok gambar kucing jela..





*pictures kidnap dari google, thanks..

Anda ada bela haiwan?

March 4, 2011

Airmata sudah kering

Salam dan bismillah...

Tadi saya menjadi seorang pendengar setia. Mendengar luahan seorang rakan. Dah lama tak dengar luahan orang. Dulu zaman sekolah saya mempunyai sahabat baik. Banyak dengar luahan perasaan. Masa di Universiti, selalu juga jadi pendengar luahan orang.

Some how saya selalu jadi pendengar, tapi jarang pula saya sendiri yang meluahkan rasa kepada orang, nak kata suka pendam tak juga, tapi mungkin saya tak banyak cerita yang ingin dikongsi.

Sungguh emo hari ini. Aduh, hati kecil saya sedih bila mendengar masalah rakan yang satu ini. Sesungguhnya tidak dapat saya bayangkan kalau saya ditempatnya. Pasti saya jadi gila.

Yang saya kagum , dia kelihatan begitu kuat. Tiada setitik pun airmata yang keluar. Mungkin airmatanya sudah kering. Ya, mungkin dia sudah tiada kesedihan yang perlu diperlihatkan. Saya pula yang emo dan merah mata.

Okeh okeh...cukupla emo. Saya harap dia sabar...Ya, dia memang seorang yang sabar, mungkin kekuatan dia berpegang kepada agamanya membuatkan dia kuat. Dan airmata tidak lagi tumpah. Tak dinafikan, mana2 agama mengajar kita bahawa Tuhan menguji kita kerana dia sayangkan kita..Ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang berlaku. Saya simpati, tapi hanya mampu berkata sabar.

Sukarkan bila seseorang yang kita kenali melalui saat getir dalam hidupnya. Moga dia tetap tabah. Saya pasti, sinar bahagia menantinya suatu hari nanti.


Nota kaki: Syukur masih punyai dan dikelilingi insan yang saya sayangi.

March 3, 2011

Legging trend

Salam dan bismillah...

Hari ni saya agak fenat dan fenin...Bangun pagi tadi rasa tak fresh yang amat..Kepenatan dari semalam sebenarnya, hari yang agak busy semalam...Siangnya sibuk di hospital malam pulak buat locum. Bila balik anak sulung saya Mikael dah pun tidur tapi adik Muaz belum tidur lagi okeh...apalagi, melayan dia dan menyusukan dia sampai dekat pukul 12 tengah malam barula dia nak titon. Barula saya dapat mandi dan solat, pastu mata pulak tak dapat lelap sebab dah segar..Dekat pukul 2 pagi baru lelap betul dan 2, 3 kali juga bangun menyusu..

Tapi walau pun fenin, semangat nak berbelogging tu berkobar-kobar, cewah...Tapi mungkin kena cari kopi atau nescafe kaw kaw pasni untuk kurangkan sleepiness nie

Nak cerita pasal legging. Saya kan ada 2 anak lelaki, tapi keinginan untuk memakaikan budak2 ni lengging yang tengah trend sekarang ni memang kuat. Suka la tengok budak2 kecik pakai legging, cumel sangat... En hubby kurang suka legging sebab:

*Legging ketat, kesian kat budak2 tak selesa bila pakai, pastu nanti panas
*Bila budak lelaki pakai nampak macam feminin, so tak sesuai..

Tapi, hehehe..saya degil belikan juga diaorang sorang sepasang. Tapi, Mikael pakai adalah 2 kali je kot...memang dia tak suka, siap komplen, ketat la mama...huhu, betul jangkaan En hubby. Tapi, adik Muaz so far pakai ok je, he looks fit and nice with it...maybe sebab dia belum pandai cakap lagi, so takdala komplen...hm, so cute my lil' baby. 

Nak tayang aksi adik Muaz dengan leggingnya....taraa....




                                                    
                                                       Suka part nie..hehe, seksi tak?



Korang suka tak legging?Betul ke bila boys pakai nampak cam gegirl?

March 2, 2011

Burger Sausage Mcmuffin

Salam dan bismillah...

Selamat pagi semua..jangan salah anggap,ini bukan entri resepi ya..anda semua dah bekfas ke..saya bekfas burger sausage Mcmuffin mcD pagi2,ada org boikot mcD ke,saya faham ada setengah orang boikot,itu hak masing2..ada sebahagian francais mcD milik orang islam walaupun pengasasnya adalah orang y....i .Jadi sy fikir perlu ke kita boikot ekonomi sesama islam..

Itu pendapatan saya ler..apa pendapatan anda?

Sekarang dah masuk bulan mac,suka bulan ni sbb:
#birthday mikael dan muaz
#cuti sekolah,en hubby cuti dan paling penting jalan x jammed

Tapi,baru lepas orang kecoh2 baru ni bayar saman trafik kali ni cukai pulak..kalau sebelum ni balai polis dan pejabat pos penuh ngan orang pasni LHDN pulak yang sesak..

Duit macam air je keluar..

Gaji? Bila nak naik ni?

Isk,merungut pulak dokter sirna ni..Alhamdulillah,syukur dengan apa yang diberi..

Nota kaki-Tengok Bersamamu baru tahu ramai lagi orang susah..