Pages

June 27, 2010

Minggu yang penat tapi penghujung minggu yang mengembirakan

Salam dan bismillah...

Ekeke...
Poyo nya tajuk entri saya
what am i trying to say?
Suprise!

Ok, sebelum apa-apa saya nak minta maaf sebab dah lama blog ni tak berupdate
Dan sesungguhnya saya sangat ingin menyinggah kat rumah kawan-kawan tapi saya dihambat dengan kesibukan! Sungguh saya ingin..Ada juga saya singgah kejap-kejap tapi tak berkesempatan nak tinggal komen. 

Maaf, saya betul2 sibuk!

Minggu ni saya betul-betul penat, saya rasa memang berbeza time musim cuti sekolah dengan bila sekolah dah start. Haritu masa musim cuti patient tak ramai admit, klinik pukul 1130 pagi dah takda patient sebab default follow up(mungkin sebab anakcucu datang rumah dan ada yang pergi bercuti cuti sempena musim cuti) dan jalan tak jammed. Waktu saya oncall minggu cuti sekolah tu, saya boleh tidur dari pukul 11mlm sampai 6 pagi! Langsung takda postcall syndrome. Much better than at home...Tapi, naik je sekolah, it turns to 180 degree terus, ramai orang sakit dan saya tak lagi dapat menikmati oncall 'heaven' macam tu. Klinik pun habis pukul 1-1.30petang, patient berebut-rebut datang sebab ubat dah habis!
Penat, but it is a noble job.bu
Penat, but i love my job!

Ok,ok, back to the topic
Hehe, saya postcall harini, tu yang macam manic sikit:P

Saya drive berdesup balik rumah tadi lepas buat morning round. 
Rindu bangat sama putera-putera kecit saya dan putera besat saya.
Balik rumah, masuk bilik, suprise!
Saya dapat  BUNGA!
Tahu kenapa?
:
:
:
:
:
:
TODAY IS MY BIRTHDAY! (hehe..malunya nak bagitau, sengal...)

En hubby belikan saya kek secret recipe, chocholate indulgence kegemaran saya
Kami sambut anak beranak je kat rumah
Yang bestnya, En hubby jadi chef harini
Saya jadi mem besar..hehe..

So, penat pun seronok, seronok sangat!

*sorry gambar tak dapat nak upload sebab line slow yang hazab*

p/s: saya akan jenguk rumah anda ya, bergantung pada kesempatan saya, insyaAllah...

June 23, 2010

Nenek nenek si bongkok tua

Salam dan bismillah...

Tadi tengok berita...
Terpana juga...

Nenek ditahan edar dadah depan tandas awam!
Haishh...
Dah ada dua cucu..
Dadah disorok dalam coli!
Teringat lagu pasal nenek...

"Nenek nenek si bongkok tua,
siang malam asyik berjaga,
mencari cucu di mana ada,
nenekku kahwin dengan anak raja.."

Terfikir juga, kenapa seseorang itu sanggup buat sesuatu yang mungkin dia sendiri tak mahu dan tahu ia salah tapi terpaksa? Terdesak?




June 20, 2010

Hari Sabtu kami

Salam dan bismillah...

Damainya berada kat rumah semalam dan hari ini setelah 2 minggu kerja non stop. Weekend lepas saya kena buat weekend rounds, so cuti pun macam tak cuti sebab dekat tengahari baru habis round. 

Em, semalam kami sekeluarga sarapan ubi kayu rebus cicah sambal ikan bilis cili api. Ubi rebus ni sebenonya dah dekat sebulan dalam peti ais, sebab banyak sangat, haritu dah penah buat kuih cek mek molek, kek ubi kayu yang tak berapa nak jadi sebab terlebih ubi. Huhu, maklumla "chef handalan". Inilah penangan bila balik kampung sekali sekala, habis seguni ubi kayu angkut balik KL. Sudahnya habis idea nak buat apa. 

 ini sambal edisi terlebih minyak, bibik saya ni, dah ku pesan jgn banyak minyak, dia terlebih sudah...
matchingkan pulak dengan teh tarik kaw kaw

Pagi dan tengahari tu kami tak keluar ke mana-mana. Mama blogwalking, main ngan budak kecit dua orang tu dan masak. Tengahari tu masak sup sayur ngan sambal sardin je sebab malas nak keluar gi pasar. Gambar tak snapla, ala, gambar sardin je, ekeke..

Petang tu, lepas Asar kami pergi Tasik Titiwangsa, tempat riadah kegemaran kami sekeluarga. Mula mula pergi round- round dari satu kedai ke kedai lain untuk survey susu Enfagrow A+ for Mikael yang murah kat mana sebab baru ni kan naik harga. Last2 baru kami tahu yang paling murah kat Pasaraya kat taman rumah kami ni je, citt, punyala jauh mencari..

Oleh kerana sampai di Tasik Titiwangsa dah pukul 6.50petang, maka tak jadila nak bawa Mikael pergi playground dan main bola kat situ. Maka kami pun duduk2 dan jalan2 tengok view saja. Tengok air pancut dan tasik yang mendamaikan. Sorryla, gambar tasik takda, lupa nak snap, haha, boleh?

Macam biasa, budak kecit baju oren tu excited tengok rocks takmo pandang camerawoman nih

Nampak tu? Excited nya anak mama ni, En hubby kata, inila gaya budak tak pernah keluar rumah

Mama dan baby Muaz yang steady, ewah...

Muaz ni suka benor kerut dahi, pikir masalah negara kot?hahaha...

Baba dan baby Muaz

Kami balik pukul 7.15 sebab dah nak Maghrib dan En hubby nak tengok World Cup: Belanda lawan Jepun. En hubby sokong Belanda dan diaorang menang match tu semalam...
Seronoknya spend time dengan keluarga walau sekejap..

Oh ya, tempat riadah mana yang kawan-kawan selalu pergi?



June 19, 2010

Jadilah insan pemaaf...

Salam dan bismillah...

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuhmu' bahagia. Wahai diri, ingatlah...segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.

Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata...Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab', lihat dengan mata hati Allah jua menjadi 'musabbil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti redha.

Firman Allah yang bermaksud:

"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu menjadi seolah-olah saudara"-
Surah Fussilat: 34
Kini, hatiku tertanya-tanya lagi, siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba! Sedangkan Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil untuk berdendam? Ya Allah....

Petika dari Buku 'Di Mana Dia Di Hatiku', hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi, terbitan Karya Bestari.
Kredit to Majalah Nur edisi Jun 2010.

Saya ingatkan diri ini...Jadilah insan pemaaf...Tak semua orang suka dengan kita, dan tak ramai orang yang senang duduk bila tengok kita senang, bukan kamu, kamu atau kamu, tapi mungkin kamu yang tidak baca entri ini. Memang susah kita nak memaafkan lagi-lagi kalau orang tu ternyata menyakiti kita dengan kesakitan yang amat pedih, sukar kan. Saya sendiri pernah disakiti, kepedihannya hanya Allah saja yang tahu. Saya bangun dan sedar, sebab saya tahu saya perlu memaafkan kerana saya tiada rugi sedikit pun jika menjadi pemaaf dan tiada gunanya jika saya menyimpan dendam walaupun peristiwa tersebut menjadi bekas di dalam hati. Allah lebih mengetahui dan ingatlah dia akan selalu bersama orang yang sabar!





June 18, 2010

Kerana Syafie Naswip

Salam dan bismillah...

Pagi2 masuk wad..jalan jalan tgk patients grossly...di cubicle 3 ternampak satu muka yang sangat familiar...

Eh,cam pernah nampakla..dia senyum sbb tgk wajah konpius saya..Tengok board kat atas katil...ohh...
Nama-Mohd Syafie Naswip
Umur-17.8 thn

*picture credit to google*

Sah!Artis filem Mukhsin dan Talentime tu..hehe,tak sangka plak masuk wad budak ni..Tengok dia, teringat Allahyarham Yasmin Ahmad, saya suka filem-filem arwah...Syafie ni pun pandai berlakon, nampak real je lakonan dia..
Ops,jangan susah hati,dia bukan kena demam denggi...dah discharge pun...dalam TV nampak tinggi berisi juga, rupanya kecit je budak ni..hehe..

 

June 15, 2010

Abang Mikael dan Baby Muaz

Salam dan bismillah...

Hari first saya kerja aritu, pagi tu sebelum gi kerja, ulang alik ulang alik masuk bilik, tengok anak-anak bujang saya tengah tidur dengan lenanya..

Sayu gila rasa nak tinggal baby Muaz ngan abang Mikael hari first keja tu.  Maklumlah, 3 bulan ni, saya dah jaga diaorang dengan tangan sendiri, 24 jam 7 hari dengan mereka. Walaupun saya selalu tinggal derang kejap2 untuk buat lokum dalam 4-5 jam, ataupun pergi kedai kejap2, tapi hari tu hati ni sayu sesangat, rasa teramat lain.

Dalam masa yang sama pun risau sesangat takut bibik buat peleceh kat anak-anakku. Risau dia tak boleh nak handle dua budak kecit tu. Seriau juga walaupun bibik saya so far tak pernah wat hal.Tapi, dalam seminggu ni, alhamdulillah nampak ok, cuma baby Muaz ada sedikit nappy rashes yang mana dia tak pernah dpt masa 3 bulan saya sendiri tukar salin diaper nya. Apalagi, kena soal siasatla bibikku, rupanya after cleaning dia tak lap kering2 terus pakai diaper. Haish..bibik, bibik..pastu saya accidentally found yang dia letak temperature warmer untuk panaskan breastmilk pada suhu 100 degree celcius! Sebab dia tersalah arrow button...hai la bibik...dua benda tu jela, yang lain nampak dia buat ok lagi...

Memangla tak sama kalau kita sendiri jaga anak kita berbanding orang lain jaga walaupun orang tu bagus. Cuma saya perasan bibik saya ni tak pandai nak marah marah walaupun Mikael buat something yang boleh buat orang marah. So far, nampak dia pampered sangat anak2 saya ni, tapi who knows at my back right. Saya berdoa jela moga dia betul2 loyal with me and always doing the right things. Masa saya oncall first time aritu my hubby kata bibik pun tak boleh tido dan bangun awal 2 pagi sebab nak bagi my hubby sleep dan jaga baby Muaz yang terjaga dari tidur. Syukur sangat dia tak cranky tanpa his nenen for more than 24hours dan saya rasa syukur yang amat breastmilk masih banyak walau tak meriah sangat walau saya terpaksa berpisah dengannya selama 36jam!

Sekarang ni emosi saya dah ok, takla rasa sayu benor  nak gi kerja. Saya harap semuanya ok.
Apa pendapat korang, patut ke saya pasang CCTV?



June 13, 2010

Passionate but hectic

Salam dan bismillah...

Bersawang-sawang, baru seminggu tak masuk rumah, ada masuk juga tapi jenguk-jenguk je. Umah kawan-kawan pun tak sempat jenguk. MAAF ya semua, tuan rumah BIZI.  

Baru je masuk kerja seminggu. 
Hari ke empat kerja saya dah oncall. Nampak sgt khidmatku diperlukan dan ramai orang gumbira kerana oncall mereka sudah dikurangkan..

Hectic week!
Thats all i can say..But i'm so passionate sebab dah lama tak kerja.
Housemans dok pelik

"Nape dokte datang awal sangat?"
"Semangat la nampak dokte ni"

Mustila, hehe, dah lama tak kerja..
My brain cells pun ambil masa nak regenerate. So many things to recall. So many things to read again.
DO NO HARM!

P/S: Nanti saya jenguk umah kawan2 ya...Rindula nak blog walking=)
Ward saya ada banyak patient dengue fever, seriau betul...hope they get well soon...



June 7, 2010

Pakai tangan pun boleh

Salam dan bismillah...

Teknik Marmet kalau kena gaya memang berkesan! 
Inilah hasil perahan selama 10 minit menggunakan tangan sahaja...So, lepas ni kalau pam rosak or ada problem no more worries..Tangan kan ada!


Alhamdulillah dapat 3oz..okla tu kan untuk orang yang baru berlatih macam saya
Happy breastfeeding!

How to Manually Express Breastmilk - The Marmet Technique


Draining the Milk Reservoirs

1. Position the thumb (above the nipple) and first two fingers (below the nipple) about 1” to 1–1/2” from the nipple, though not necessarily at the outer edges of the areola. Use this measurement as a guide, since breasts and areolas vary in size from one woman to another. Be sure the hand forms the letter “C” and the finger pads are at 6 and 12 o’clock in line with the nipple. Note the fingers are positioned so that the milk reservoirs lie beneath them.

• Avoid cupping the breast
2. Push straight into the chest wall

• Avoid spreading the fingers apart.
• For large breasts, first lift and then push into the chest wall

3. Roll thumb and fingers forward at the same time. This rolling motion compresses and empties milk reservoirs without injuring sensitive breast tissue.
Note the position of thumb and fingernails during the finish roll as shown in the illustration.

4. Repeat rhythmically to completely drain reservoirs.
• Position, push, roll...
• Position, push, roll...

5. Rotate the thumb and fingers to milk other reservoirs, using both hands on each breast.
 Avoid These Motions

1. Do not squeeze the breast, as this can cause bruising.

2. Sliding hands over the breast may cause painful skin burns.

3. Avoid pulling the nipple which may result in tissue damage.




Marmet Technique copyright 1978, revised 1979, 1981 and 1988. Used with permission of Chele Marmet and the Lactation Institute, 1616 Ventura Blvd., Suite 223, Encino, California 91436

info credit to: medela.com



June 4, 2010

Edisi balik kampung: macam-macam ada...

Salam dan bismillah....

Tak habis lagi cerita balik kampung saya ni, maklumla dah lama tak balik kampung sendiri. I love my kampung because it was a place i came from. Kat situlah tempat jatuh dan bermain saya. Dan di situlah juga saya kenal erti hidup, ya, kenal ERTI HIDUP...


Eh, macam emo plak, saya kalau flashback kisah lama memang sedih. Yelah, saya tahu ramai orang asal susah macam saya, malah ada yang lebih susah dari itu. Dan InsyaAllah, saya tidak sesekali akan melupakan dari mana dan dimana saya berada. Cuba ikut resam padi, semakin tinggi semakin tunduk, jangan ikut resam lalang ya.

Ok, ok, stop being emosional.

Lets talk about my balik kampung trip last week. As i told u guys(eh ada ke yg baca entri tu, hopefully yes) in this ENTRY, it was the first time ever i went back kampung after married without my beard man. Yet, turns me back to my chaotic behaviour which i always control when my En hubby is around. Haha, nasib baik ada 'penyelamat' kalau tak menangisla sampai keluar tahi mata, huh, sumpah mak tak buat lagi!

baby Muaz masuk je kereta terus lena bagai:-)

jalan dah start jammed kat cheras nak masuk sg besi , saya jadi mem besar dok belakang ngan baby Muaz

nasib ada si smart ni, tak payah melango panjang

Ok, first thing first, nak story pasal my new niece. As baby Muaz born on 10th March, now after 2 months he got his new geng a.k.a new cousin by the name Farah NurFatihah. Fatihah was born on 4th Mei and she was my brother's 7th kiddo! My brother still young ok, baru 33 tahun, maklumlah kawin muda...

Presenting cute NurFatihah...


tembams kan?so adorable....


aksi baby Muaz di sebelah baby Fatiha yang sedang lena beradu...

 ini qistina kakak baby Fatihah, sweetkan dia smile...

Yang bestnya juga, abang saya baru dalam 6 bulan bela ayam kampung kat belakang rumah..syok tengok ayam especially time bagi derang makan, berebut-rebut, abang saya kata banyak yang mati sebab sakit dan ada juga yang kena makan ngan anjing liar... tula mencabarnya bela ayam ni, semoga abangku success!


inila reban ayamnya..adalah dlm 30 ekor, kuat mkn tau derang ni, 3-4 kali sehari bagi dedak ngan jagung, hampas kelapa ngan nasi pun derang baham juga...hehe...

anak bujang saya dengan abang2 sepupunya...jakun no tgk ayam..hehe..

ayam ni dah beso, tgk tu, jeling maut ke arah saya..tunggu masa nk kena jual je ni...

aksi anak-anak buahku...muka semua belum mandi ok, isk isk isk...

Pakcik saya sebelah rumah kemain suka kalau ramai anak cucu dan anak2 buah balik. Sanggup korek ubi kayu nak bagi kami yang jarang jumpa ubikayu ni makan. Pastu, siap bagi seguni lagi bawak balik KL.  Mak pun bekalkan satu plastik besar pisang i like, gula melaka yang sedap dan asli(tak pernah jumpa kat KL gula melaka sedap gitu) dan jeruk belimbing untuk dibuat sambal. 

Itulah bestnya duduk kampung..macam-macam ada!
Asal saya orang kampung...




June 3, 2010

Manjakan diri di Cinta Sari Tradispa

Salam dan bismillah...

Badan rasa lesu?
Tak bermaya?
Kulit rasa kusam?

Jom kita pergi spa...

Tadi En hubby belanja saya buat treatment kat Cinta Sari Tradispa. Thanks dear hubby :-). Syioknya setelah lama saya tak menyepakan diri. Erk, ada ke term tuh? Saya pergi di branch Taman Melati bersebelahan MRR2. Dekat sekangkang kera saja dengan rumah saya, jalan kaki pun boleh tapi oleh kerana saya puteri lilin tak tahan panas, saya drive untuk ke sana. 

Cinta Sari Tradispa ni berkonsepkan exotic Bali, so, bila masuk dalam rasa macam kat Bali, hehe...Deko spa ni boleh tahan cantik dan mendamaikan. Actually kat Taman Melati ni branch dia saja, main branch kat Ampang, kat situ lagi besar. Staf-stafnya boleh tahan peramah dan layanan pun baik. 

Saya ambil pakej promotion dia iaitu refreshing spa bermula dengan foot spa, whole body massage with essential oil(nice smell and i can't resist its tranquility), scrubbing, seewed treatment followed by shower. Then, saya complete kan treatment with facial refreshing. It took me almost 4 hours for the whole treatment and yet i would say nothing but excellent. Harga for me affordable, not so expensive kalau compare dengan perkhidmatan yang diberikan. Selepas je siap semuanya, you will definitely noticed a difference, rasa badan lebih segar dan kulit sangat lembut. Then, anda akan diberi minum teh halia yang for me also so yummy:).

The most important one, this spa is only for FEMALE. Deko kat dalam pun quite privacy so, tak perlu risau ada kaum XY yang boleh nampak. 

So, jomla ramai-ramai serbu ya. Ops, call dulu sebelum datang untuk appointment. Boleh rujuk kat website Cinta Sari Tradispa ya.
Selamat memanjakan diri=)




June 2, 2010

23 perkara

Salam dan bismillah....

Dapat kerja rumah dari Pn Lya. Aduyaii...23 perkara tentang diri anda. Banyak tu...boleh mabuk laut buat ni...kihkihkih...tapi saya memang suka benda tag tag ni, rasa excited je kalau buat, anyway thanks Lya.

Satu ~ Saya seorang yang pantang dicabar dan spesies tak mahu mengalah

Dua ~ Bekerja sebagai kuli kerajaan pegawai perubatan di sebuah hospital paling tua di Malaysia. I love my job kerana itulah cita-cita saya dari kecil..

Tiga ~ Saya juga seorang isteri dan mama kepada 2 anak lelaki yang paling comel di hati saya, Mikael dan Muaz

Empat ~ Mempunyai 20 adik beradik dan saya yang paling bongsu, tapi bukan semua dari ibu yang sama kerana saya ada 3 ibu dan 1 ayah---Al Fatihah to my late father

Lima ~ Seorang yang sangat sensitif dan mudah tersentuh

Enam ~ Kelam kabut itulah saya, tapi sifat ini sudah berjaya saya ubah sedikit demi sedikit setelah berkahwin atas nasihat En hubby

Tujuh ~ Suka memasak dan mencuba resepi baru tapi takla pro sangat, yang penting family suka makan

Lapan ~ Sangat suka baca novel dan saya layan apa  saja novel tak kira Melayu atau English

Sembilan ~ Suka window shopping dan shopping, sebab tu sampai sekarang tak dapat beli rumah lagi sebab tak cukup duit, hehe, perangai yang cuba di ubah...

Sepuluh ~ Saya seorang yang manja dan suka dimanjakan, hikhikhik...

Sebelas ~ Saya hanya tahu bawa kereta sahaja. Yang lain2 berkenaan kereta bukan tak pernah nak ambil tahu tapi sebab sifat no sepuluh...bila la nak berubah..huhu...

Duabelas ~ Ramai orang cakap saya ni berjalan laju, kalau kena jalan ngan orang yang suka jalan slow sure saya tinggal dia kat belakang(nasib baik En Hubby jalan laju sama ngan saya, hehe..)

Tigabelas ~ Asal saya orang kampung, orang susah, insyaAllah mudah-mudahan saya tak lupa diri...

Empatbelas ~ Suka makan pisang dan apa sahaja makanan yang ada pisang

Limabelas ~ Suka melawa, make up2, dan suka tengok orang lain pun melawa-lawa. Tapi kalau dah lambat gi keja tu tepek bedak jela:-)

Enambelas ~ Percaya tak, saya pernah jadi juara pertandingan perbahasan masa tingkatan 4, nampak sangat suka bercakapkan...sekarang juga suka bercakap, kalau ada masa banyak saya suka berbual dengan pesakit

Tujuhbelas ~ Saya kena chicken pox yang teruk masa umur 19 tahun, masa tu nasib baik tgh cuti semester, sampai sekarang ada 1 parut chicken pox kekal atas dahi, huhu...

Lapanbelas ~ Masa zaman remaja saya memang berazam nak kahwin dengan lelaki yang berjanggut dan tidak merokok, alhamdulillah saya dapat apa yang saya mahu...

Sembilanbelas ~ Kawan-kawan akan rasa teruja bila saya boleh makan nasi sampai 2 pinggan dan disusuli dengan dessert, buah dan air, saya memang kuat makan!

Duapuluh ~ Jangan marah ya, Hubby saya kata bibir saya seksi...hehe, silalah muntah hijau...sigh

Duapuluhsatu ~ Saya tidak pandai menganyam ketupat dan kalau hari raya rumah keluarga saya tak pernah makan ketupat, nasi impit ada lah kerana saya keturunan Bugis, jadi kami ada makanan tradisi sendiri

Duapuluhdua ~ Oleh kerana saya keturunan bugis, ada yang kata saya garang, ya kot, garang dalam perkara yang buat saya marah, mungkin lebih pada tegas

Duapuluhtiga ~ Suka pendam perasaan juga tapi akhirnya pujuk diri sendiri

Fuhh, semput  saya nak senaraikan 23 perkara tu, harap Pn Lya puas hati yek...
Sekarang saya nak bagi kerja rumah ni pada...
Jeng jeng jeng, kita tengok siapa yang kena;-)


Cukuplah 3 orang ek, semput juga nak tag ramai2, tapi kalau sesiapa yang rajin dan sudi, saya alu-alukan nada wat tag ini..okeh..

June 1, 2010

3 tahun bersama...

Salam dan bismillah....

Alhamdulillah, hari ini, 1 JUN 2010, genaplah 3 tahun nan indah saya melayari bahtera rumahtangga bersama En Hubby tersayang...
Hubby juga dah selamat sampai dari Pahang malam tadi, terlepas semua rindu dendam, cewah..

saat paling mendebarkan bagi semua lelaki...


indahnya memori 3 tahun dahulu..
dan kini Allah anugerahkan kami 2 cahayamata yang comel

Ya Allah, berilah kebahagiaan yang sempurna dan berkekalan kepada rumahtangga kami, satukanlah hati dan jiwa kami sehingga ke akhir hayat kami dan sehingga ke akhirat kelak. Jadikan zuriat-zuriat keturunan kami hambaMU yang taat, anak yang soleh, dan orang yang beriman yang berjaya di dunia dan akhirat....AMIN...