Pages

May 25, 2010

Risiko jika tolong punch card kawan

Salam dan bismillah...

Hai semua:-)
Yang makan gaji macam saya ni tgh buat apa?
Mestilah uols tengah takda keja kan, kalau ada takda menghadap blog ek..
Saya memang kat rumah sebab saya masih cuti-cuti Malaysia..ngeee...

Pagi tadi datang keja pukul berapa?
Siapa yang datang lambat minta n minta tolong kawan punch card angkat hidung tinggi-tinggi...woo, besar serombong korang ek, ngee..jangan marah...

pic credit to google

Rileks...tarik nafas...

Biasanya kita minta tolong kawan punch sebab samaada kita datang lewat atau nak berjimba balik awal kan..
Oleh kerana malas nak dengar bos membebel atau tak mahu kat card tu nampak merah je dan nak tunjuk rekod bersih terpaksala minta tolong kat orang lain

Tapi dalam pada korang berbuat begitu, pernah tak korang terfikir atau terlintas RISIKO yang bakal atau mungkin terjadi?

Contoh ya (ini CONTOH tau, ini cerita rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, saya tak maksudkan/niatkan supaya jadi pada korang--mohon dijauhkan)
Satu hari tu si Ipin(bukan nama sebenar) ni bangun lambat, dah la lambat kan, mana nak uruskan anak-anak lagi, mana jalan jammed lagi, jadi Ipin dah bajet memang sampai office sure lambat contohnya 9.30pagi. Jadi dia pun call la si Upin(bukan nama sebenar) ni untuk tolong punchkan card keja dia. Maka si Upin yang baik hati ni pun tolong punchkan. Tiba-tiba, on the way dia pergi keja, Ipin accident! Masuk hospital dan koma. Dia dapat large subdural hemorrhage(pendarahan dalam kepala). Dan selepas dia punya GCS(Glascow Coma Scale) tak improve2 dia dapat pulak komplikasi bedsore dan pneumonia dan
akhirnya meninggal!

 Isteri Ipin nak claim insurans, pampasan, KWSP dan sebagainya, tapi prosedur tu susah nak diluluskan sebab dekat  punch card Ipin menandakan dia sudah dan ada di tempat kerja semasa kejadian tersebut. Bos dia hanya akan luluskan permohonan pampasan tu kalau ada orang yang mengaku dia yang tolong punch. Agak-agakla kan kalau korang tu ialah Upin, korang mengaku tak? Mungkin kalau korang mengaku korang akan dipecat atau dibawa ke muka pengadilan...ngee..seriau kan...saya seriau...

Sejujurnya, saya pun antara orang yang pernah minta tolong kawan punch card, adalah 2-3 kali...
Tapi kebiasaannya saya yang jadi mangsa kawan minta tolong saya punch card diaorang sebab saya memang rajin terpaksa datang awal sebab specialist saya datang lagi awal dari saya, huhu..
Saya ada juga terfikir macam, what if something bad happen to the person i helped? tapi macam buat dunno jela kan...

Tapi ada satu hari tu, saya cerita dekat En Hubby pasal kawan saya si L ni yang suka beno minta tolong saya punch cardkan dia, boleh kata dalam seminggu tu 2-3 kali, dia akan hantar SMS kat saya yang contohnya begini:
"  Help, help, punch card, wake up late la..."
En Hubby bila dengar tu apalagi dapat free tazkirah la kan dari dia
Dia bagi saya contoh macam cerita kat atas tu, tapi saya tokok tambah cerita atas tu bagi sedapla kan, sigh...
Masa tu baru saya rasa blush walaupun saya tak pakai blusher
Saya rasa bersalah
Saya rasa menyesal
Nasib baik tak pernah jadi apa-apa
Saya jadi insaf...
Lepas pada tu, saya bagitahu kat si L tu, saya tak mahu lagi tolong dia punch card
Biarla dia bengang kat saya
Saya tak kesah der...

So, kesimpulannya...
Buat baik berpada-pada
Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya..




11 comments:

  1. nieza tak pernah buat camtue.
    so far kalo nak blah .. blah jerk takde pulak nak suh2 member punchcard kan ..

    HR tanya pusing jerk la cakap ...hahahah

    sendiri buat sendiri tanggung ...

    ReplyDelete
  2. huhu..bahyer kan..nasib la opis siti ni takde punch card..flexible..kalau dtg lambat tu perkara biasa..hahaha

    ReplyDelete
  3. eee seriau juga kan... sib baik la kite keje tak pakai punch card.. hehehe.. kite keje ngan hubby bisnes sendiri.. sirna dokte yer..?? kat mane?

    ReplyDelete
  4. si Upin mesti ketaq lutut kan...
    kat klinik...kitaorang guna thumbprint punya 'punch card'..
    tara bole tipu punya!!!
    :)

    ReplyDelete
  5. Si Ipin kalau tak meninggal pun, dia sendiri akan ada masalah jugak tu untuk claim socso/insurance. So, Sirna... tidak rugi kan you mendgr tazkirah dr suami...

    ReplyDelete
  6. alamak, seriau.

    mintak dijauh-kan. kena datang lebih awal lah lepas ni. hehehhe.

    thanks for the reminder :)

    ReplyDelete
  7. nieza---bagusla nieza ni,betulla tu kalau nak blah awal, blah je ek..hehe..

    siti---untungla siti, takda nak berkejar sangat kalau dah tau lambat ek, mesti bos sporting habis..

    isma---isma pun untung, ada bisnes sendiri, suka2 sendiri nak gi keja pukul berapa...kita dokte HKL yang sibuk tu=)

    DrSinga---bukan setakat ketaq lutut, bulu roma pun ketaq juga..hehe..wah, canggih ek siap pakai thumbprint lagi

    Sam---tula,nasib la sedar sebelum terlambat..huhu...

    Drfaryn---seriau ek, tobat tak buat dah...

    ReplyDelete
  8. lebih mudah kalau kita hidup secara jujur sebenarnya kan..tak de la risau2.

    ReplyDelete
  9. Nak tolong kawan punya hal,kita pulak yang dapat susah yer.

    ReplyDelete
  10. slm knl..sirna, ekceli cerita yg sirna tulis/reka mmg pernah berlaku..4-5thn lepas..taktau la apa kesudahannya sbb takde sapa yg berani mengaku dia punch utk si mati..

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!