Pages

May 31, 2010

Raja sehari dan mini reunion

Salam dan bismillah...

Seperti yang saya katakan dalam n3 sebelum ini saya balik kampung sebab attend kawan saya punya wedding iaitu Dr. Bayah dan pasangannya En. Na'immi. Syaitan menangis lagi kerana 2 lagi umat Muhammad dah mengikat tali pernikahan yang sah. Dr Bayah ni kira bestfriend saya berjimba masa kat USM, dia juga studymate saya dan kawan balik kampung sama-sama.

Alhamdulillah, setelah lama diaorang bertunang, akhirnya majlis yang saya tunggu-tunggu pun tiba. 
Yang seronoknya, majlis kahwin dia ni dah jadi macam mini reunion kami ex USM. Seronok tau jumpa kawan-kawan lama. Masing-masing dah ada life sendiri tapi kebanyakkan yang ada ni belum berpunya lagi, cuma saya dan kawan sorang lagi je iaitu Dr Norli yang sudah tidak gadis, kihkihkih..statement tak tahan..


Inilah pengantin gorjes(pinjam ayat kak gorjes ek...:p)
*sori tukang gambar punya kamera dah banyak penyakit, so gambar tak berapa clear*

sweet Dr Bayah

ini picture yang clear sikit saya kidnap dari FB Dr. Monie

2 dari kiri adalah mak mak dara dan 3 dari kanan adalah anak anak dara...

ini picture kidnap FB orang juga..hehe..



kek pengantin yang sweet dan cantik

USMians di atas pelamin pengantin

inilah Dr Norli, ex roommate saya dengan eidil khadijah(mikael dah pandai tau nak malu2 bila jumpa gegirl)

posing dengan baby Muaz selepas majlis

happy nya anak bujang saya ni, pandai nak drive kereta

 baby Muaz yang sangat baik, langsung tak meragam walau dewan tu panas dan ramai orang

Tahniah buat Dr Bayah dan suami
semoga cepat-cepat menimang cahayamata dan bahagia bersama hingga hujung nyawa...



May 30, 2010

Sukarnya hidup tanpa suami

Salam dan bismillah...

Saya dah balik..
Ada yang rindu tak?
muahahaha...tak da nya orang nak rindu..perasan tak sudah!

Actually saya sekeluarga kecuali hubby baru je balik dari Johor kampung halaman saya. First time balik kampung tanpa hubby, lain je rasa. Ikutkan hati memang malas nak balik dan menempuh journey selama 4 jam tu tapi sebab nak attend my close friend wedding, redah juga balik without hubby. 

Mujurlah adik sepupu keja KL ni sanggup nak tolong drive, otherwise tak dapat saya bayangkan nak balik kampung drive sendiri dengan dua anak yang masih kecil dan baby Muaz yang masih menyusu badan. Mana nak angkat barang-barang dan beg baju, susun2 dalam kereta, panaskan enjin kereta yang mana saya tak pernah lakukan semua itu setelah berkahwin dan beranak-pinak kerana ia biasa dilakukan oleh hubby. Itupun sehari sebelum hubby pergi berkursus dia dah periksa minyak enjin, air bateri dan tayar. Kalau saya? Percayalah, seumur hidup tak pernah ku sentuh pun enjin dan bateri kereta tu. Bukan tak mahu belajar semua itu cuma entahlah, tak berkesempatan, oh, itukah ayat paling sesuai? Saya ada kereta sendiri pun selepas kahwin, jadi kereta saya semuanya hubby yang uruskan, even insurans dan road tax pun tak pernah saya ambil tahu kecuali baru-baru ini. Tolong ejek saya....huhu... 

Dan oleh kerana "reminder a.ka. En hubby" saya ini tiada, saya telah tertinggal harta paling penting yang tak sepatutnya saya tinggalkan iaitu purse saya! My oh my forgetfullness! Banyak beno ke saya makan kepala ikan...hahaha...Inilah first time saya lupa bawa purse bila balik kampung. pernah juga 2, 3 kali saya lupa bawa purse time gi kerja tapi sekejap jela kan. Saya jadi orang asing selama 3 hari dengan tiadanya IC, lesen memandu, ATM cards dan DUIT! Sudahnya saya pinjam duit kat ceti sementara adik sepupu dan emak.

Kesimpulannya, hidup tanpa suami pada saya memang susah...Itu saya la, tak tahu orang lain. Terbayang saya ibu-ibu tunggal muda yang masih ada anak kecil dan ditakdirkan jodohnya tidak panjang, bagaimana mereka menguruskan hidup?Oh, hebat saya rasakan mereka ini.

Untung juga ada pengalaman begini. Sekurang-kurangnya saya belajar berdikari dan saya lebih peka tentang keadaan sekeliling. Saya belajar berdiri atas kaki sendiri. Dan belajar menjadi kurang manja...

 Sekadar berkongsi cerita, tolong jangan ikut perangai pelupa dan manja saya. Moga saya selalu belajar dari kesilapan...Paling penting, sebelum jalan check barang2 berulang-ulang kali...check dan check lagi ok!





May 27, 2010

Beri saya kekuatan..

Salam dan bismillah...
Maafkan saya
ini entri luahan perasaan
"
"
"
"
"
"
Hati tengah gundah...
Sedih...
Sebak...
Siapa yang pernah berpisah ngan hubby mesti faham perasaan saya
Untuk kesekian kalinya lagi hati saya dengan berat melepaskan En hubby tersayang
dia kena pos berkursus BTN!
5 hari tau dia pergi
boleh ke saya bertahan
menitis airmata saya tadi masa dia peluk saya
tak tahanla..!
masa tulis entri ni pun saya nangis
apasal saya gembeng sangat ni...!

Cepatlah 5 hari...




Dapat award lagi...

Salam dan bismillah...

Kreatif ke blogger bernama Ladysirna ni..hehe..
Perasan!

Anyway, thanks a lot kepada Ammi Sara a.k.a Ammi Owls di atas award ini
Really appreciate this...






 Saya ingin menghadiahkan award ini kepada blogger2 kreatif bernama:


Uols semua best!



May 26, 2010

Fenomena main judi

Salam dan bismillah...

Saya dah bising...
dah belebel(membebel)
takla kerap mana
tapi boleh kata hari-hari la
dah cakap...judi tu kan haram
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


Ala, judi yang ni tak haram...
*sigh*
duit dalam ni dah lebih 1 juta, kaya ni..
sambil pegang baby Muaz pun boleh main game ni...
(Tulah... dulu Sirna, awak juga yang gatal suruh En Hubby buka Mukabuku, kan sekarang dah terjebak!hehehe..)




May 25, 2010

Risiko jika tolong punch card kawan

Salam dan bismillah...

Hai semua:-)
Yang makan gaji macam saya ni tgh buat apa?
Mestilah uols tengah takda keja kan, kalau ada takda menghadap blog ek..
Saya memang kat rumah sebab saya masih cuti-cuti Malaysia..ngeee...

Pagi tadi datang keja pukul berapa?
Siapa yang datang lambat minta n minta tolong kawan punch card angkat hidung tinggi-tinggi...woo, besar serombong korang ek, ngee..jangan marah...

pic credit to google

Rileks...tarik nafas...

Biasanya kita minta tolong kawan punch sebab samaada kita datang lewat atau nak berjimba balik awal kan..
Oleh kerana malas nak dengar bos membebel atau tak mahu kat card tu nampak merah je dan nak tunjuk rekod bersih terpaksala minta tolong kat orang lain

Tapi dalam pada korang berbuat begitu, pernah tak korang terfikir atau terlintas RISIKO yang bakal atau mungkin terjadi?

Contoh ya (ini CONTOH tau, ini cerita rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, saya tak maksudkan/niatkan supaya jadi pada korang--mohon dijauhkan)
Satu hari tu si Ipin(bukan nama sebenar) ni bangun lambat, dah la lambat kan, mana nak uruskan anak-anak lagi, mana jalan jammed lagi, jadi Ipin dah bajet memang sampai office sure lambat contohnya 9.30pagi. Jadi dia pun call la si Upin(bukan nama sebenar) ni untuk tolong punchkan card keja dia. Maka si Upin yang baik hati ni pun tolong punchkan. Tiba-tiba, on the way dia pergi keja, Ipin accident! Masuk hospital dan koma. Dia dapat large subdural hemorrhage(pendarahan dalam kepala). Dan selepas dia punya GCS(Glascow Coma Scale) tak improve2 dia dapat pulak komplikasi bedsore dan pneumonia dan
akhirnya meninggal!

 Isteri Ipin nak claim insurans, pampasan, KWSP dan sebagainya, tapi prosedur tu susah nak diluluskan sebab dekat  punch card Ipin menandakan dia sudah dan ada di tempat kerja semasa kejadian tersebut. Bos dia hanya akan luluskan permohonan pampasan tu kalau ada orang yang mengaku dia yang tolong punch. Agak-agakla kan kalau korang tu ialah Upin, korang mengaku tak? Mungkin kalau korang mengaku korang akan dipecat atau dibawa ke muka pengadilan...ngee..seriau kan...saya seriau...

Sejujurnya, saya pun antara orang yang pernah minta tolong kawan punch card, adalah 2-3 kali...
Tapi kebiasaannya saya yang jadi mangsa kawan minta tolong saya punch card diaorang sebab saya memang rajin terpaksa datang awal sebab specialist saya datang lagi awal dari saya, huhu..
Saya ada juga terfikir macam, what if something bad happen to the person i helped? tapi macam buat dunno jela kan...

Tapi ada satu hari tu, saya cerita dekat En Hubby pasal kawan saya si L ni yang suka beno minta tolong saya punch cardkan dia, boleh kata dalam seminggu tu 2-3 kali, dia akan hantar SMS kat saya yang contohnya begini:
"  Help, help, punch card, wake up late la..."
En Hubby bila dengar tu apalagi dapat free tazkirah la kan dari dia
Dia bagi saya contoh macam cerita kat atas tu, tapi saya tokok tambah cerita atas tu bagi sedapla kan, sigh...
Masa tu baru saya rasa blush walaupun saya tak pakai blusher
Saya rasa bersalah
Saya rasa menyesal
Nasib baik tak pernah jadi apa-apa
Saya jadi insaf...
Lepas pada tu, saya bagitahu kat si L tu, saya tak mahu lagi tolong dia punch card
Biarla dia bengang kat saya
Saya tak kesah der...

So, kesimpulannya...
Buat baik berpada-pada
Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya..




May 24, 2010

Hubby dah balik

Salam dan bismillah...

Petang semalam saya main masak-masak
Tak sempat nak post semalam
Bizi
Ntah apa yang saya bizikan agaknya

Menu:
Masak lemak nenas + ikan kurau masin
Daging masak lada hitam
Ikan siakap goreng
Sambal belacan
Ulam raja








Gambo ulam raja takda---dah selamat dlm perut

Pics  di atas takda kena mengena langsung dengan tajuk post saya kan..
Hehe, hati berbunga ni
Hubby saya dah selamat balik dari mencandat sotong
Teka berapa ekor sotong dia dapat?
Teka teka je ya, takda hadiah tau...





May 23, 2010

Tiba-tiba minat kat Shahir Si Gigi Besi

Salam dan bismillah...

Saya jarang nak minat artis
Maknanya kalau minat tu ajaib la
Malam tadi tengok AF
Best plak budak Shahir ni nyanyi
Mendayu-dayu je, hehe, terus rasa minat..sigh
Rasanya aura dia keluar lambat sikit
Awal-awal dia menyanyi tak terasa sangat

Pagi-pagi lagi saya dah buka youtube cari video lagu ni
bestla lagu ni
Kebahagiaan dalam perpisahan

Layanla ya lagu ni..





Tahniah buat Shahir sebab menang
Suka Pak Nil cakap berlapik camtu ingatkan Shahir ni supaya tak lupa diri...


May 22, 2010

Kek Coklat Moist

Salam dan bismillah...

Esok ada tamu nak datang
kakak sepupu saya dari JB
anak dia ada konvo kat UiTM
petang tadi mengodek barang2 kat dapur
cocholate bar ada lagi, koko vanhouten pun ada
so terhasillah kek coklat moist saya, ini versi bakar
"
"
"
 letak colourful rice, buat tak nampak je ek yang sememeh kat tepi tu, maklumla chef handal

kureng sikit moist nya, terlebih dos paracetamol tepung kot

 macam biasa, orang pertama yang setia test setiap air tangan mama
bukan main lagi sopan duduk bersimpuh

sedap mama..wah vangganya...kuikuikui



Jom terjah BODYSHOP!

Salam dan bismillah...


 Sapa suka barang BODYSHOP?

 
Sekarang tengah sales besar-besaran
Up to 70% discount
Dan for members ada lagi 10% discount

Ini info nya:

The Body Shop Malaysia 2010 Sale & Members sale

Summary: The Body Shop Sale Up to 70% off from the original tag price for your pleasure.” ( 3- day sale mania, 21-23may 2010 for love your body members only Extra 10% off for members on 21-23 May ONLY)
Remember to bring your own shopping bag.
  • Member points accumulation and redemption are NOT valid throughout the Sale period
  • There will NO Love Your Body SignUp during the sale
Company: The Body Shop
Sales: 21st May 2010 till 13th June 2010
Venue: All The Body Shop Outlets

Jom terjah!

*Rasa nak beli perfume baru, hehe, evil nya*





May 21, 2010

Mengidam maggi dan hantu mangga

Salam dan bismillah...


dinner saya malam ni..sungguh tak sihat kan?
nak cover sikit letak sayur banyak...
hehe, mengidam teringin

 petang tadi layan yang ni...mangga harum manis

 Mikael+Mama = hantu mangga
sedapnya mama...



Bila cikgu turun ke laut

Salam dan bismillah...

Tadi lepas maghrib hubby saya gi offshore, cewah...
bila masa plak hubby saya bertukar kerjaya ni...kuikuikui
 siap beli pancing bagai

Actually dia pergi mencandat sotong
sambil-sambil nak pancing ikan
jauh tu...kat Pulau Kapas, Kuala Terengganu
bulan april-julai ni sotong mengawan, hehe..

ops, yang atas ni bukan hubby saya ye..

dah lama tak berpisah ngan hubby
rasa nak menitis juga airmata masa cium peluk dia tadi
mesti rindu-rinduan
jangan muntah ye kawan-kawan
tak sabar tunggu sotong ganu...

*pictures credit to google*



Kagumnya tengok bayi duduk tengah jalan

Salam dan bismillah...

Pagi pagi saya memang suka baca paper
Rajin tak saya?
Zaman tenet, paper online la
Dan berita ini buat saya "kagum"
"
"
"
"
"
"
"
credit to--KOSMO online
"
"
"
"
"
"
Mujur ada penyelamat..
Salah baby tu ke salah mak bapak dia?
Of course baby tu tak salah sebab dia baby
Haish...geleng kepala...

Nak tahu beritanya klik SINI
Ops, lupa plak berita yang ni pun buat saya kagum
3 beranak dari Mumbai India mati ?bunuh diri
Yang buat saya geram dengan mak ayah dia yang dah m****s ni, napala kau pegi bagi racun tikus kat anak kau tu b*****g, budak tu tak da dosala...
Haish....geleng kepala lagi...


May 20, 2010

Baby Muaz

Salam dan bismillah...

Dah lama tak update pasal budak kecit ni
"
"
"
"
"
"
"
Hai semua...Rindu baby Muaz tak???

"
"
"
"
Muaz dah 2 bulan 10 hari hari ni...
Muaz dah pandai cooing tau, ada je benda yg Muaz nak tegur
Muaz pun dah pandai  smiling, giggling
Muaz dah boleh angkat kepala bila meniarap
Pastu Muaz dah start belajar nak mengiring kiri kanan tau, yelah Muaz bosan la baring statik je
Tengokla picture Muaz tu, dah pandai pose depan kamera
Jap ya semua, Muaz nak interframe lagi
"
"
"
"
"
"
"
Cak!!
"
"
"
Last week Muaz pergi klinik dengan Mama
Muaz ingat saja jalan2
Rupanya Muaz nak kena jabbed
Tapi Muaz sekuat Tiger, Muaz nangis sikit je, ala, cam kena gigit semut
Mama cakap Muaz dah besar
Berat Muaz dah 6kg
Besar dan sihat kan Muaz?
Nak tahu rahsianya?
Berkat susu ibu Mama...
Cuma tula, Muaz punya rambut lambat betul nak lebat balik lepas cukur haritu
Tapi takpe, Muaz tetap kiut hensem kan 
Muaz kan little shaolin Mama, dah besar nak main bola dengan abang Mikael
Ok, Muaz nak sambung tidur...




May 18, 2010

Jalan-jalan Cari Makan: Restoran Sri Mesra

Salam dan bismillah....


Bosan makan masakan sendiri...yolah tu..bosan ke? Mengada kan...So, hari Ahad baru ni, saya pujuk hubby g keluar makan. Sebab pe pujuk? Sebab hubby kata dia dah jemu makan luar. Eh, of course makcik ni x jemu sebab saya dah lama tak makan kat luar. So, this was the first time we eating outside after my baby kiut miut born. Kitaorang terjah Restoran Sri Mesra kat Gombak. Double M...mestilah ikut sekali.
"
"
"
"

Budak kecik M no 1 ni excited...dah lama nak menge'teh'

Yang budak kecik M no 2 ni dari kat umah sampai dalam keta sampai kat situ tak buka2 mata

Appetizer la sangat--sunnah nabi makan buah sebelum makan berat, boleh tahan sedap gak kuah petisnya cuma terlebih belacan kut, gatal idungku

ni air saya---lai chi kang panas

yang ni air En hubby

siakap stim limau pedas

tom yam campur

telur bungkus

sotong goreng pedas

kailan goreng ikan masin

one of nice view kat restoran tu

budak kecik M no 2 dah bangun , kecik besar kecik besar mata dia


Penilaian tekak dan selera saya sekeluarga:
Tempat: Agak menarik dengan view macam dalam hutan
Pelayan: Bagus, mesra pelanggan
Masa menunggu: Adalah 40min(kalau pam susu dpt 20 oz..haha, lama wei)
Makanan: Boleh tahan sedap
Harga: Tak mahal, tak murah..sedang2