Pages

May 13, 2010

26 months: Mikael milestones

Salam dan bismillah...

Ini cerita Mikael, so Muaz dok diam-diam ya tido, mama nak story pasal abang kamu ni=)

Abang sekarang dah 26 bulan...2 hari lepas masa nak masuk tidur, En hubby cakap

Dah besar Mikael..dah panjang, badan dia je kalau dia buka tangan kiri kanan dah penuh separuh katil

Dah ada adik pun...

Tak sangka abang dah ada dua anak...

(Boleh pulak babah ni...sigh)

"
"
"
"
"
Dah pandai bercakap bagai
Mama, na'o mi(mama, nak sumi), abang na' akan(abang nak makan), na' jalen(nak jalan), gi aman(pergi taman), atik angeh(adik nangis), akut mecin(takut mesin),abang yak(abang berak), baba aghi(baba lari) , ekdown(sit down), gud moming(good morning) dan banyakla lagi vocab-vocab dia...
"
"
Jadi spiderman
Habih semua nak dipanjatnya, meja, kerusi, almari, grill pintu... peti sejuk pun jadi bahan eksperimen
"
"
Lari macam tiger
Ya Allah,kalau dia lari puas ni nak kejar---sikit punya laju,tapi terkedek-kedek jugak le, mama exercise sekali..
"
"
Makin kuat tantrum
Mengamuk sakan menangis meraung, biasanya mood dia jadi gini bila tak dapat sumthingla, tapi pernah juga tiba-tiba jadi gitu without no apparent cause.
"
"
Dah makin cekap makan sendiri dan pakai sudu
Habis bersememeh satu muka, makan plak kat dining table---habih berterabur kat bawah tu. Jem roti pun nak sapu sendiri. Biar mama suap ya sayang...Payah-payah(maksudnya tak payah)...pandai nak berdikari
"
"
Belajar jadi technician dan tukang 'kemas rumah'
Suka benor main tutup buka fius, tutup buka TV, kalau Mama jumpa apalagi menjerit bagai----MIKAEL!!!
Bab 'kemas rumah' tu jangan cakapla, suratkhabar, buku-buku, novel, majalah Mama habis di selongkarnya jadi "reference" dia
"
"
Suka meniru apa kita buat
Kena jaga betul sekarang, tak boleh silap cakap atau silap buat apa-apa. Kena tunjuk contoh yang baik. Apa kita cakap diulang semula, apa kita buat dibuat juga---paling tak tahan kalau nampak baba pegang minyak angin nak urut kaki tak pasal-pasal dia yang selak seluar dulu suruh sapu kat kaki dia, kaki abang akit...
"
"
Suka nak  berkawan-kawan
Bila pergi mana-mana, pantang nampak budak sebaya dia ataupun baby-baby, suka benor approach nak main sama. Kalau takda budak-budak, abang-abang yang dah sekolah tu pun dia ajak main ngan dia. Tapi unsur cemburu tu tetap ada, especially bab mainan, mula-mula  bagi orang pinjam mainan dia pastu sesuka hati dia rampas balik...hai, Mika, Mika...
"
"
Pandai sarung seluar sendiri
Sarung seluar dah pandai tapi pakai baju tak pass lagi...kena banyak berlatih lagi ya sayang...chayok-chayok
"
"
Makin pandai bergaya depan kamera
Setakat ni belum buat aksi al-ala model lagi tapi suruh senyum, peluk adik dah pandai!
"
"
Quite fussy juga bab makan
Mama masak sedap-sedap taknak makan---geram tak?tapi sekarang mama dah tahu Mikael suka makan makanan  yang banyak kuah
"
"



Thank you Mikael...
-----jadikan mama insan yang lebih penyabar
-----jadikan mama insan yang lebih bertoleransi
-----jadikan mama insan yang lebih kreatif
-----jadikan mama insan yang lebih rajin
-----jadikan mama insan yang lebih memahami
dengan melayan kerenahmu yang bermacam ragam, tidurmu nak garu badan dulu, garu ketiak dulu, sepahkan barang mama, main terabur bedak, geget usik adik, tantrum bagai, tutup TV masa mama tengah syok2 tengok, campak handphone mama dan macam-macam lagi

Kerana mama tahu, Mikael hanyalah anak kecil yang belum puas meneroka dunia, anak kecil yang sedang berkembang pemikirannya, anak kecil yang curios nak tahu semua perkara, anak kecil yang belum memahami erti bahaya, anak kecil yang belum puas mempelajari tentang kehidupan, anak kecil yang belum tahu baik buruk sesuatu....
Mikael is the smart and intelligent boy;-)


5 comments:

  1. lagak si anak kecil...mendamaikan hati...

    ReplyDelete
  2. setuju...walaupun penat hati ni sering terhibur kerana itu zuriat sendiri, rasa damai seorang ibu;-)

    ReplyDelete
  3. Big boy dah ye Mika, seronok kan tgk anak membesar dan mcm2 achievements ;).Many more to come InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. kdg2 bila anak buat perangai,mmg membara je hati.tp bile kite marah die,pastu anak sengih2 mcm tkde mende jadik...almarah yg mula2 serang diri tu,hilang mencair gitu je...huhu.

    *bila mia mula ngamuk nak sumthing..saya angkat gomol & geletek die.bile dia dah gelak sampai mengah2,mulalah dia lupa apa yg diamuknya mula2 td.haha

    ReplyDelete
  5. sirna..me buat fb and tweet button tu ikut tutorial kat link bawah ni..tryla.. edrienahazelina.blogspot.com/

    mudah pahamm..huhu..tq singgah

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!