Pages

March 25, 2010

Kelahiran yang dinantikan(Part 1)

Flashback...

Selasa; 9hb Mac 2010
Hari tu hari ke2 saya bercuti secara rasminya, seronok woo sebab dah lama saya tak bercuti(planned leave), masa saya banyak dihabiskan bersama Mikael, bukan apa, akhir2 ni Mikael nampak semakin rapat dan manja dgn bibik..saya rasa sungguh cemburu. Betul!!Jadi, kesempatan bercuti saya peruntukkan untuk melayan si kecik ni walaupun saya semakin tak berdaya membawa badan sendiri. Hari itu saya lalui seperti biasa, pagi2 saya sengaja bangun lambat sebab dah lama tak bangun lambat masa weekday, lunch tu saya tak masak sebab mak masak dan dia pun tak bg saya tolong..huhu, saya tolong makan je lol.Banyak gak la makan sebab mak masak ayam masak pedas lada hitam..hoho, memang saya suka sesangat=).Malam tu pun waktu dinner saya makan lauk yang sama, banyak juga. Saya sikit pun takda rasa sakit sepanjang hari tu sampaila nak masuk tidur. Oleh kerana sedang bercuti, saja saya tidur lambat malam tu, saya masuk bilik lebih kurang pukul 11:15malam.Tapi malam tu memang rasa susah sgt nak lelap mata ni, pdhal dah mengantuk tahap gaban. Sebenarnya, memang saya asyik berfikir je 2, 3 hari tu, asyik berkira-kira bilalah aku nak bersalin ni..bukan apa, saya lebih rela bersalin before EDD daripada jadi post date dan kena induce, mak...tak mau!Alhamdulillah, doa saya didengar dan dimakbulkan=)

Tetiba, dalam pukul 12:15mlm, 10/3/2010, saya rasa contraction. Memula ingatkan braxton hicks contraction..tapi, bila dah setengah jam, rasa makin suspicious sebab contraction very regular, every 5-10minutes. OMG!Hubby kat sebelah dah tidur lena bagai. Lepas tu rasa nak terkencing berak, sampai 4 kali saya gi toilet dalam masa 2 jam..Makin lama contraction saya semakin kuat, no show, no leaking liqour. Similar symptom masa mengandungkan mikael dulu. Masa sakit tu, saya tahan je, tak sampai hati nak kejut abangku disebelah yang memang tengah syiok tido(dalam hati, biarlah abang tido jap barang 1-2jam sebab lepas ni mesti dia tak dapat tido). Saya mencongak-congak jam, tepat je pukul 2 pagi, saya dah rasa tak tahan sangat, saya pun perlahan-lahan sentuh bahu hubby dan panggil dia. Terus saya bagitahu saya dah sakit nak bersalin. Abang pun kelam kabut bangun dan bersiap, kejutkan bibik dan emak saya. Saya gagahkan diri bangun dan salin baju. Nasib baik barang2 yang nak bawa ke hospital semua dah siap dan tinggal angkut saja.

Saya sampai di PAC lebih kurang pkl 2:45pagi. Sakit semakin kuat. Nurse tanya saya, rasa nak teran ke?saya memang rasa nak terkencing je, belum lagi rasa nak teran. Aduh, saya disuruh baring kat strecher bed sebab doktor nak buat VE(vaginal examination). Doktor bertugas plak 2 orang lelaki...Hmm, rasa mcm nak request je kat diaorg, tulun panggil doc pompuan, tapi saya taknak banyak kerenah, jadi hatiku merelakan je. Serviks saya dah buka 4cm!Contraction pula 3 in 10minutes.Saya hanya mampu berdoa. Saya amalkan baca "La ila ha illa anta subhanaka inni kuntum minazzalimin". Ini doa yang amat bagus dan mujarab. Emak saya yang selalu pesan suruh baca doa ni. Saya terus ditolak ke labour room.

Kat labour room, midwife incharge siap tanya saya, doktor nak MO ke conduct?Saya cakap tak kisah, akak pun boleh. Sakit saya semakin kuat, so, tak sampai 10minit kat labour room , VE dibuat sekali lagi. Now, its 5cm! Midwife tu bagi saya entonox yang sikit pun saya rasa tak relief pain. Then, houseman incharge datang dan insert drip, adoi, dah lama saya tak kena cucuk, then bagi saya IM Pethidine. Saya rasa tak tahan yang amat, time ni dah rasa macam kepala baby dah nak keluar sesangat. Saya suruh diaorang cepat2 buat ARM(artificial rupture of membrane) untuk keluarkan liquor then senangla lagi kepala nak turun. Lepas je saya leaking, serviks saya terbuka sampai 7cm. Tapi, waktu ni saya dah rasa nak teran. Midwife incharge pun call member dia sorang lagi yang saya rasa quite senior untuk conduct sebab saya dah terjerit-jerit kesakitan. Dia pun suruh saya teran, time ni baru hubby masuk. Saya sakit sangat sampai keluar airmata. Dalam pada terjerit sakit tak hengat dan meneran tu, serviks saya buka sampai 9 then fully dilated. Mula2 saya tak dapat nak push dgn bagus. Saya push pendek dan sekejap je which was a wrong technique. Tahu tapi tak praktik. Terukkan saya ni(bila dah sakit, tak ingat apa dah) Apalagi, bisingla midwife tu. Membebel dia kat saya. Nasibla kena marah, huhu...Lama2, dengan semangat yang En hubby berikan, saya kumpul sekuat tenaga untuk push dengan kuat, tapi kali ni lama sangat saya meneran, sampai breathless dibuatnya. .Akhirnya, tepat jam 04:53am, keluar juga baby Muaz ke dunia ini. Keluar je baby, dia tak nangis. Terus saya tanya; kenapa baby tak nangis?Dah mamanya nangis, baby tak nangis la…selamba je midwife tu jawab kat saya. Berdebar sekejap. Tak lama dia cakap tu, terus saya dengar tangisan baby Muaz yang kuat. Fuh, lega rasanya, Alhamdulillah. Hubby terus bisik kat telinga saya, don’t worry, our baby ok, tali pusat terbelit kat leher tadi..No wonder baby tak terus nangis, rupanya dia lemas sekejap tadi. Syukurlah no serious complication, cuma ada a few bruises mark kat muka dia which faded off on day 3 of life.

Masa midwife suture tear(saya hanya dapat labial tear,tu pun satu suture je, perineum intact, hoho, sukanya, thumb up untuk staffnurse a.k.a midwife norazila for a good job, pandai dia guard perineum saya lol), hubby pergi azankan baby kat nursing room. Pastu dia masuk balik dan bagitau saya..abang dah tengok, baby kita sempurna..syukurlah, hilang semua kesakitan saya. Siap je saya di suture, tanpa malu2 saya terus minta air milo. Dahaga yang teramat. Siap je saya minum, diaorang pun pass baby kat saya. Rasa gembira yang teramat bila tengok wajah baby, terus saya cuba latch on dia, and for the first time, dia terus pandai menghisap. Sukanya saya. Kami pun ditolak masuk ke wad. Sampai je kat wad, baby terus titon dan saya pun tidur juga sebab kepenatan yang amat..Saya bangun dalam pukul 6 pagi untuk susukan Muaz tapi kesan pethidine sangat kuat. Muaz susah sangat nak buka mata, puas saya kejutkan dia. Aduh, rasa menyesal sangat sebab tak refuse pethidine, n the side effect  goes  to Muaz. Dia bangun tapi menyusu sekejap je. He was so sleepy.

Sampai sini dulu part 1 kelahiran yang dinantikan. Part 2…tunggu…


Inilah baby Muaz, tengoklah kesan bruises kat cheek dia..

3 comments:

  1. ooo. he is so gorgeous! congrats. It's good to read ur entry bcs it has the medical terms which a person like me don't really know. (K.Nur tahu brixton hickc, dilated, dgn VE je. yg lain2 tu baru tahu.)

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!