Pages

March 27, 2010

Kelahiran yang dinantikan(Part 2)

Ini sambungan dari part 1 kelahiran yang dinantikan entri sebelum ini.
Lagi pictures baby Muaz…










Selepas je masuk wad, satu hari tu saya kerap kejutkan baby untuk menyusu. Breastfeeding first 24 hour is really crucial, I always bare that in mind. I was so excited and adamant to breastfeed him, tapi memang pethidine was a real killer, baby still very sleepy. Then, sampai ke petang dia tak pass motion and pass urine. Saya agak risau. Tak sabar nak balik satu hal juga. Incharge doc bagitau saya yang saya boleh balik lepas baby kencing berak. Saya tunggu je..Akhirnya, dalam pukul 7 petang camtu barulah dia pass his first meconium and urine. Lega saya, yeayy, boleh balik. Apalagi, saya terus bagitau hubby dan bungkus balik umah malam tu juga(hehe, takmo tido wad).

Kat rumah, baby tetap sleepy lagi. Sedaya upaya saya kerap kejutkan dia, every 2 hour untuk breastfeed. Esoknya barulah Muaz kurang sleepy dan senang nak kejut. Bruises mark kat muka dia pun makin kurang. Bermulalah confinement period saya. Kali ni rasa sakit uterus nak mengecut kuat sangat, sakit tu rasa sampai hari ke 7. Badan saya pun sakit2. Saya mula berurut hari ke 3. Saya berurut dengan Mak Dayang, dia ni very nice and soft spoken, umur dah 62tahun tapi macam baru awal 50an. Awet muda tu. Dia urut pun best dan tak sakit.

Hari ke 4, saya notice yang sclera(mata putih) Muaz macam kekuningan. Ya Allah, anakku jaundice!Sedihnya, saya terfikir, adakah sebab saya kurang susukan Muaz masa awal kelahirannya?Ah..sedapkan hati, semua ni ujian Allah. Hubby plak ada exam esoknya, saya bagitau dia then dia cakap nak gi spital ke, saya suruh tunggu dulu. Hari Isnin tu pagi2 lagi saya dan hubby bawa Muaz ke HKL. Paeds MO tu tengok je, terus dia bagitau saya, clinically looks like his bilirubin more than 300, definitely need an admission. Dia terus suruh saya n baby masuk wad untuk start phototherapy. Pastu baru ambil darah. Time ni la yang haru bagai, Muaz kena cucuk 2 kali! Poor baby Muaz, staffnurse tu minta maaf kat saya coz first cucuk tak dapat, ahah, baru saya paham perasaan parents2 yang mempunyai anak yang sakit. Speechless, but can help it. Barulah saya sedar kenapa saya memang tak suka paeds division sebab saya tak sanggup tengok dan cucuk baby2 yang kecik tu. Saya tidak dilahirkan untuk jadi doktor kanak2. Huhu..

Maka, berkampung lagi saya di wad. Muaz diletakkan di bawah single photo. Kena pakai “spectacles” lagi dan pakai diaper je. Kesian baby Muaz..



 tangan muaz yang kecil yang dah "selamat" di cucuk oleh staffnurse...


Paeds yang tengok baby bagitau yang baby boleh balik kalau serum bilirubin dia less than 260. Saya tunggu je result tu sampai petang. Dalam pukul 7pm baru result balik. It was 244. Apalagi, hati berbelah bagi juga, tapi saya tak boleh nak dok wad lama2, maka malam tu juga saya balik. Hopefully bilirubin Muaz dah makin berkurang selepas phototherapy sehari tu. Alhamdulillah, lepas berapa hari nampak dah kurang sikit kuningnya.

Sekarang makin senang menjaga dia, sometimes tak payah pun kejutkan dia akan bangun sendiri every 1.5-2hours untuk breastfeeding. Mandi pun tak takut, in fact he likes water. Mikael pun dah makin pandai kiss and sayang adik..cuma kekadang, ada  la juga ciri2 dengki dan cemburu tu keluar..I try the best to show him that i love him not more or less than his lil' bro..


March 25, 2010

Kelahiran yang dinantikan(Part 1)

Flashback...

Selasa; 9hb Mac 2010
Hari tu hari ke2 saya bercuti secara rasminya, seronok woo sebab dah lama saya tak bercuti(planned leave), masa saya banyak dihabiskan bersama Mikael, bukan apa, akhir2 ni Mikael nampak semakin rapat dan manja dgn bibik..saya rasa sungguh cemburu. Betul!!Jadi, kesempatan bercuti saya peruntukkan untuk melayan si kecik ni walaupun saya semakin tak berdaya membawa badan sendiri. Hari itu saya lalui seperti biasa, pagi2 saya sengaja bangun lambat sebab dah lama tak bangun lambat masa weekday, lunch tu saya tak masak sebab mak masak dan dia pun tak bg saya tolong..huhu, saya tolong makan je lol.Banyak gak la makan sebab mak masak ayam masak pedas lada hitam..hoho, memang saya suka sesangat=).Malam tu pun waktu dinner saya makan lauk yang sama, banyak juga. Saya sikit pun takda rasa sakit sepanjang hari tu sampaila nak masuk tidur. Oleh kerana sedang bercuti, saja saya tidur lambat malam tu, saya masuk bilik lebih kurang pukul 11:15malam.Tapi malam tu memang rasa susah sgt nak lelap mata ni, pdhal dah mengantuk tahap gaban. Sebenarnya, memang saya asyik berfikir je 2, 3 hari tu, asyik berkira-kira bilalah aku nak bersalin ni..bukan apa, saya lebih rela bersalin before EDD daripada jadi post date dan kena induce, mak...tak mau!Alhamdulillah, doa saya didengar dan dimakbulkan=)

Tetiba, dalam pukul 12:15mlm, 10/3/2010, saya rasa contraction. Memula ingatkan braxton hicks contraction..tapi, bila dah setengah jam, rasa makin suspicious sebab contraction very regular, every 5-10minutes. OMG!Hubby kat sebelah dah tidur lena bagai. Lepas tu rasa nak terkencing berak, sampai 4 kali saya gi toilet dalam masa 2 jam..Makin lama contraction saya semakin kuat, no show, no leaking liqour. Similar symptom masa mengandungkan mikael dulu. Masa sakit tu, saya tahan je, tak sampai hati nak kejut abangku disebelah yang memang tengah syiok tido(dalam hati, biarlah abang tido jap barang 1-2jam sebab lepas ni mesti dia tak dapat tido). Saya mencongak-congak jam, tepat je pukul 2 pagi, saya dah rasa tak tahan sangat, saya pun perlahan-lahan sentuh bahu hubby dan panggil dia. Terus saya bagitahu saya dah sakit nak bersalin. Abang pun kelam kabut bangun dan bersiap, kejutkan bibik dan emak saya. Saya gagahkan diri bangun dan salin baju. Nasib baik barang2 yang nak bawa ke hospital semua dah siap dan tinggal angkut saja.

Saya sampai di PAC lebih kurang pkl 2:45pagi. Sakit semakin kuat. Nurse tanya saya, rasa nak teran ke?saya memang rasa nak terkencing je, belum lagi rasa nak teran. Aduh, saya disuruh baring kat strecher bed sebab doktor nak buat VE(vaginal examination). Doktor bertugas plak 2 orang lelaki...Hmm, rasa mcm nak request je kat diaorg, tulun panggil doc pompuan, tapi saya taknak banyak kerenah, jadi hatiku merelakan je. Serviks saya dah buka 4cm!Contraction pula 3 in 10minutes.Saya hanya mampu berdoa. Saya amalkan baca "La ila ha illa anta subhanaka inni kuntum minazzalimin". Ini doa yang amat bagus dan mujarab. Emak saya yang selalu pesan suruh baca doa ni. Saya terus ditolak ke labour room.

Kat labour room, midwife incharge siap tanya saya, doktor nak MO ke conduct?Saya cakap tak kisah, akak pun boleh. Sakit saya semakin kuat, so, tak sampai 10minit kat labour room , VE dibuat sekali lagi. Now, its 5cm! Midwife tu bagi saya entonox yang sikit pun saya rasa tak relief pain. Then, houseman incharge datang dan insert drip, adoi, dah lama saya tak kena cucuk, then bagi saya IM Pethidine. Saya rasa tak tahan yang amat, time ni dah rasa macam kepala baby dah nak keluar sesangat. Saya suruh diaorang cepat2 buat ARM(artificial rupture of membrane) untuk keluarkan liquor then senangla lagi kepala nak turun. Lepas je saya leaking, serviks saya terbuka sampai 7cm. Tapi, waktu ni saya dah rasa nak teran. Midwife incharge pun call member dia sorang lagi yang saya rasa quite senior untuk conduct sebab saya dah terjerit-jerit kesakitan. Dia pun suruh saya teran, time ni baru hubby masuk. Saya sakit sangat sampai keluar airmata. Dalam pada terjerit sakit tak hengat dan meneran tu, serviks saya buka sampai 9 then fully dilated. Mula2 saya tak dapat nak push dgn bagus. Saya push pendek dan sekejap je which was a wrong technique. Tahu tapi tak praktik. Terukkan saya ni(bila dah sakit, tak ingat apa dah) Apalagi, bisingla midwife tu. Membebel dia kat saya. Nasibla kena marah, huhu...Lama2, dengan semangat yang En hubby berikan, saya kumpul sekuat tenaga untuk push dengan kuat, tapi kali ni lama sangat saya meneran, sampai breathless dibuatnya. .Akhirnya, tepat jam 04:53am, keluar juga baby Muaz ke dunia ini. Keluar je baby, dia tak nangis. Terus saya tanya; kenapa baby tak nangis?Dah mamanya nangis, baby tak nangis la…selamba je midwife tu jawab kat saya. Berdebar sekejap. Tak lama dia cakap tu, terus saya dengar tangisan baby Muaz yang kuat. Fuh, lega rasanya, Alhamdulillah. Hubby terus bisik kat telinga saya, don’t worry, our baby ok, tali pusat terbelit kat leher tadi..No wonder baby tak terus nangis, rupanya dia lemas sekejap tadi. Syukurlah no serious complication, cuma ada a few bruises mark kat muka dia which faded off on day 3 of life.

Masa midwife suture tear(saya hanya dapat labial tear,tu pun satu suture je, perineum intact, hoho, sukanya, thumb up untuk staffnurse a.k.a midwife norazila for a good job, pandai dia guard perineum saya lol), hubby pergi azankan baby kat nursing room. Pastu dia masuk balik dan bagitau saya..abang dah tengok, baby kita sempurna..syukurlah, hilang semua kesakitan saya. Siap je saya di suture, tanpa malu2 saya terus minta air milo. Dahaga yang teramat. Siap je saya minum, diaorang pun pass baby kat saya. Rasa gembira yang teramat bila tengok wajah baby, terus saya cuba latch on dia, and for the first time, dia terus pandai menghisap. Sukanya saya. Kami pun ditolak masuk ke wad. Sampai je kat wad, baby terus titon dan saya pun tidur juga sebab kepenatan yang amat..Saya bangun dalam pukul 6 pagi untuk susukan Muaz tapi kesan pethidine sangat kuat. Muaz susah sangat nak buka mata, puas saya kejutkan dia. Aduh, rasa menyesal sangat sebab tak refuse pethidine, n the side effect  goes  to Muaz. Dia bangun tapi menyusu sekejap je. He was so sleepy.

Sampai sini dulu part 1 kelahiran yang dinantikan. Part 2…tunggu…


Inilah baby Muaz, tengoklah kesan bruises kat cheek dia..

March 16, 2010

Kembali dengan orang baru

I'm back!
Alhamdulillah, setelah beberapa hari saya menyepikan diri, saya kembali dengan orang baru...Perut saya sudah meletup!Saya selamat melahirkan baby boy diberi nama Ahmad Muaz bin Muhammad Faiz pada tanggal 10 Mac jam 04:53am..

Saya dapat melalui proses bersalin biasa, kesakitannya kali ini lebih sedikit dari yang terdahulu..huhu, syukurlah semuanya selamat..saya belum sempat nak upload gambar baby...lepas ni akan ku tulis entry mengenai penglaman bersalin dan gambar2 baby Muaz...

C ya..=)

March 6, 2010

Sarapan paling simple

Salam n bismillah...

Saya memang homosapiens yang jenis tak boleh tinggal breakfast..nak kata ada gastritis tak juga, sebabnya saya memang kuat makan..hoho=), berat badan naik berganda sgt dr 57kg ke 72.5kg sejak peknan ni, MGGT x 2 nasib baik normal, kalau tak terpaksa saya mencucuk insulin setiap hari. Sebenarnya nak tepek share breakfast kegemaran saya yang paling senang dibuat, gambar ni dah lama terperap jadi pekasam dalam lappyku

 
nasi goreng kampung pedas! 

  
jadilah saya tembam begini, perlukah saya buat facelift lepas ni?hoho, merepek saja..

Apa sarapan kegemaran anda?


March 4, 2010

Pink Muslimah Store 1st Giveaway

Salam n bismillah...
Wah, satu lagi pencapaian..saya masuk contest, hari ini dalam sejarah..contest pertamaku=)

Pink Muslimah Store 1st Giveaway
 

Pink Muslimah Store ni online shop yang mainly jual kaftan cantik2 from Kelantan..
Giveaway ni seminggu je, hadiahnya agak menarik..huhu, nak tahu apa?
Apalagi, sila la jengah ke blog Pink Muslimah Store

Cepat2, contest will be end on 7th March...



March 3, 2010

38 minggu yang mendebarkan...

Salam n bismillah...
"mode happy"

Menghitung hari,
detik demi detik,
masa ku nanti apakah ada....

Hoho...bila la saya nak bersalin perut saya nak meletup ni, sejak Isnin lepas, kandungan saya sudah memasuki fasa "term", bayi saya sudah bersedia untuk keluar dengan selamat pada bila2 masa sahaja. Braxton hicks contractions semakin kerap dan kuat, hampir setiap malam sejak beberapa hari yang lalu saya tidak dapat tidur lena disebabkannya. Saya ternanti-nanti bilakah saatnya, tak sabar nak bercuti panjang=)...tak sabar rasanya nak memeluk bayi saya tapi dalam masa yang sama berdebar-debar sebab memikirkan kesakitan sewaktu bersalin nanti, moga dipermudahkanNya..

So far, alhamdulillah, persiapan menyambut orang baru boleh dikatakan 100% sempurna. Mikael pula macam semakin mengerti yang tak lama lagi dia bakal dapat adik..Semakin manja dia dengan saya yang semakin kurang bertenaga. Sebolehnya saya tak mahu dia rasa yang dirinya kurang diberi perhatian oleh saya, penat macamanapun saya akan memandikannya, membasuh najisnya berak kencingnya, menyuapkannya makanan..dia juga sering minta didukung oleh saya walaupun berkali saya memberitahunya sayang, mama tak larat...beratnya saja dah 13kg!Tapi kadang saya turutkan juga kemahuannya, tak mahu dia rasa--mama tak sayang mikael ya, walaupun dia tak pernah cakap begitu, sigh..

Saya sering tertanya-tanya, bagaimanalah agaknya berhdapan dengan dua orang anak sekaligus? Mikael will turn to 2 years old very soon, dia masih belum berapa mengerti lagi..Terfikir saya, macammana berhadapan dengan kerenah dua anak?mikael cemburu ke nanti? mikael nanti nak tidur kat mana(biasanya katil kelamin saya muat bertiga--itupun babah kata sempit=))?mikael tidur dengan saya atau dengan babah?walaupun ada baby cot, saya tetap mahu sentiasa dekat dengan bayi saya..macam2 persoalan yang saya sendiri tak dapat bagi jawapan yang tepat...kawan2, especially yang dah punya anak lebih dari seorang, apa pendapat korang ya?