Bahan2:
4 biji pisang sederhana besar(letak 5-6 biji kalau pisang kecil)
3 biji telur gred B
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung(nak guna minyak biasa pun boleh)
secubit garam
1 sudu teh perasa vanilla
Cara2nya:
Pukul telur dan gula hingga kembang
Masukkan pisang yang telah dilenyak dan gaul rata
Kemudian masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul
Masukkan juga serbuk penaik,soda bikarbonat, secubit garam dan perasa vanilla
Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati
Masukkan dalam acuan yang disapu marjerin dan dialas kertas minyak
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45min
Siap untuk di...ngap...
Selamat mencuba...
anak mmg suka sgt kek pisang... tak penah lak wat sendiri.. huhu
ReplyDeletetry la kak, simple sesngt resepi nie, tak sampai 1/2jam pun nak mengadunnya cuma nak tggu bakar dan sejuk sikit tu yg lama...
ReplyDeletekek pisang..yummy..tp saya nie mmg nnti bt kek jd ketul batu
ReplyDelete